Persepsi UMNO parti rasuah perlu dibuang – Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Persepsi UMNO sebagai parti rasuah perlu dibuang sekiranya ingin mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti terbesar Melayu itu.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, perkara tersebut perlu diberi keutamaan bagi mengembalikan semula reputasi cemerlang UMNO selama ini.

“Susah kalau nak buang persepsi dan kembalikan reputasi UMNO ini, paling utama yang saya lihat adalah jangan ambil rasuah, itu sahaja.

“Jika kita tidak ambil rasuah kita tidak perlu takut. UMNO perlu kembalikan reputasi tersebut, sekiranya masih tidak berubah maka UMNO masih tiada peluang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Persepsi UMNO parti rasuah perlu dibuang – Isham Jalil appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*