Kenali Donald Gorske, Lelaki Yang Makan Lebih 30,000 Biji Burger Sejak 51 Tahun Lalu 

kenali donald gorske

Kenali Donald Gorske, Lelaki Yang Makan Lebih 30,000 Biji Burger Sejak 51 Tahun Lalu 

Makanan segera atau fast food sentiasa menjadi pilihan orang ramai tidak kira  lapisan usia. Tambahan lagi, ia tidak mengambil masa yang lama untuk dibeli dan disantap.

Kentang goreng, ayam goreng dan pizza merupakan antara makanan segera yang popular hampir di seluruh dunia. Burger juga sebenarnya merupakan makanan segera yang paling digemari oleh orang ramai termasuk kanak-kanak.

Makanan ini terdiri daripada bahan-bahan seperti roti, daging, sos dan sayur. Oleh itu, tidak hairan mengapa kebanyakan kedai atau franchise ini dibuka di pelbagai cawangan di seluruh dunia.

Salah satu franchise terkemuka di peringkat global adalah McDonald’s yang terkenal dengan burgernya. Pun begitu, makanan segera ini tidak sepatutnya menjadi makanan rutin kerana ia boleh memberi kesan kepada kesihatan seseorang.

Pun begitu, tahukah anda, terdapat seorang lelaki telah memakan 32,340 biji burger sejak lebih 50 tahun lalu sekaligus mencipta rekod dunia. Siapakah dia?

Oleh itu, jom kita kenali Donald Gorske, pemegang Rekod Dunia Guinness bagi Burger Big Mac.

Donald Gorske, Raja Big Mac

gorkse rekod burger
Gambar: Guinness World Record

Mungkin anda tidak percaya bahawa Donald Gorske telah memakan  32,340 Big Mac sepanjang hidupnya.

BACA JUGA: Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Menurut Guinness World Record, penduduk Fond du Lac, Wisconsin dari Amerika Syarikat itu sebelum ini telah diiktiraf sebagai pemegang rekod dunia pada tahun 1999.

Dia telah memakan lebih 32,340 Big Mac sejak kali pertama mencubanya pada 1972.

Perkara itu sekali gus membuatkan Gorske digelar sebagai The King of Big Macs.

gorkse rekod burger
Gambar: Guinness World Record

Difahamkan, dia mula mengamalkan rutin tersebut dengan memakan dua Big Mac sehari secara purata sejak 1972.

“Saya suka hamburger tidak seperti makanan lain. Sudah hampir 50 tahun pada saya memakan Big Mac dari McDonald’s setiap hari.

“Ia adalah burger terbaik di dunia! Sekiranya saya sukakan sesuatu, saya akan sentiasa menyukainya,” katanya dalam satu temu bual pada 2021.

Tambah Gorske, selama seminggu, jumlah burger yang dimakannya adalah 14 biji.

Rutin tersebut bermula sejak dia mula mempunyai kereta pertamanya pada 17 Mei 1972. Pada awalnya, kegilaannya terhadap Big Mac seperti tiada hari esok dengan mengisi perut sebanyak sembilan burger sehari.

“Saya memandu terus ke McDonald’s, mendapatkan tiga Big Mac pertama saya. Kemudian masuk ke dalam kereta dan memakannya.

“Ketika itu saya berkata pada diri mungkin akan memakan makanan ini sepanjang hayat. Sejak itu, saya mula mengiranya,” katanya lagi.

Bukan sahaja memakan burger, Gorske turut menyimpan setiap plastik beg dan resit pembelian. Ia disusun rapi mengikut tahun dan dia juga telah membuat penanda pada kalendar.

Perkara itu dilakukan bagi menyemak kekerapannya terhadap pembelian makanan segera dari McDonald’s itu.

kenali donald gorske
Gambar: Guinness World Record

Hadiah Big Mac

Obsesi lelaki Amerika Syarikat itu tidak berhenti di situ sahaja. Ketika bercinta dengan isterinya, Mary Gorske, dia kadang-kala menjadikan Big Mac sebagai hadiah untuk pasangannya itu.

BACA JUGA: Ada Dua Jenis, Ketahui Apa Itu Belalai Air & Proses Pembentukannya

“Gorske tidak memberitahu saya tentang minatnya terhadap Big Mac ketika itu. Namun, saya mula menyedarinya kerana dia makan Big Mac setiap hari.

“Kadang-kala, saya membelikan burger itu untuknya,” kata isterinya.

Tak Memudaratkan Kesihatan Ke?

kenali donald gorske
Gambar: Guinness World Record

Pastinya ramai yang tertanya-tanya dengan tahap kesihatan Gorske apatah lagi dia dapat mengekalkan kesihatannya sambil memakan begitu banyak makanan segera.

Tambahan lagi, setiap hidangan Big Mac mengandungi 563 kalori.

Kata Gorske, rahsianya untuk mampu memakan dua burger setiap hari adalah tidak mengambil kentang goreng.

Paras gula dan tekanan darah serta kolesterolnya juga dikatakan berada pada tahap yang baik meskipun telah mengambil lebih 30,000 Big Mac.

Gorkse juga sentiasa berjalan sejauh lebih 9 kilometer setiap hari bagi mengimbangi rutin pemakanannya.

Jelasnya, dia akan sentiasa meneruskan minatnya terhadap burger itu sepanjang hayat dan merancang untuk memecahkan rekod peribadinya tahun demi tahun.

Sumber: Guinness World Record

The post Kenali Donald Gorske, Lelaki Yang Makan Lebih 30,000 Biji Burger Sejak 51 Tahun Lalu  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*