Seakan ‘Pantai’, Tular Keadaan Paras Air Cetek Sungai Pahang Hingga Nampak Pasir

paras air cetek sungai pahang

Seakan ‘Pantai’, Tular Keadaan Paras Air Cetek Sungai Pahang Hingga Nampak Pasir

Sejak beberapa hari lalu, tular keadaan beberapa bahagian di Sungai Pahang yang dilapor aras airnya cetek sehingga menampakan kawasan berpasir.

Situasi-situasi air cetek tersebut turut dikongsikan di TikTok antaranya yang dapat dilihat menerusi perkongsian oleh Aisharany (@aisharany09).

Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian warga tempatan, khususnya pengusaha ternakan ikan sangkar berdepan dengan kerugian.

@aisharany09

Air sungai Pahang yang surut menyebabkan penternak ikan air tawar terpaksa menjual ikan-ikan sangkar untuk menggelakkan kerugian apabila air sungai Pahang semakin surut akibat musim panas. 29/7/2023 #fyp #sungai #pahang #ikan

♬ Astaghfirullah (Album Version) – Haddad Alwi

Memetik Sinar Harian, para pengusaha ikan ikan sangkar di Chenor buntu apabila kebanyakan ikan patin dan tilapia diternak mati.

Ikan-ikan ternakan di dalam sangkar ini dipercayai mati akibat paras air Sungai Pahang yang semakin cetek.

Faktor cuaca panas dan tiada taburan hujan yang banyak dari hulu kawasan menyebabkan beting pasir terbentuk di beberapa kawasan.

BACA: Penganjur Konsert MUSE Beri ‘Hint’, Bawa Konsert MCR Tahun Depan?

Ha ini menyebabkan paras air di sungai berkenaan menjadi semakin cetek dan menjejaskan hasil pendapatan mereka.

Seorang pengusaha ikan sangkar, Rosmawati Sulaiman (41) mendakwa bahawa situasi tersebut paling teruk yang pernah dialami mereka.

Difahamkan, perkara ini telah berlaku sejak beberapa bulan lalu apabila beting pasir mulai kelihatan  di kawasan sangkar.

“Sepanjang duduk di sini, saya rasa ini paling teruk dan mengejutkan kerana jika diikutkan kawasan sangkar yang kami usahakan ini berada di kawasan air paling dalam.

“Setakat ini, ribuan ekor ikan patin dan tilapia sudah mati. Jadi kami kami terpaksa jual dengan harga murah iaitu RM16 berbanding harga pasaran RM22 sekilogram untuk habiskan ikan yang tinggal sebelum mati,” katanya.

Jelasnya, dirinya terpaksa menutup operasi buat sementara waktu bagi mengelak kerugian lebih besar. Rosmawati dijangkakan bakal memulakan semula operasi pada November nanti.

Untuk makluman, Rosmawati dan suaminya baru sahaja mengusahakan sangkar itu pada empat tahun lepas dan memiliki lapan sangkar.

Mereka mendakwa bahawa perusahaan ikan sangkarnya telah mengalami kerugian kira-kira RM10,000 setakat ini.

Selain pengusaha ikan sangkar, nelayan darat turut terjejas susulan banyak ikan mati akibat kekurangan oksigen disebabkan paras air semakin cetek.

BACA: Ini Cara Nak Buat Lesen Bas & e-Hailing Secara Percuma, Rujuk 6 Syarat Ni Dulu

Sumber: Sinar Harian

The post Seakan ‘Pantai’, Tular Keadaan Paras Air Cetek Sungai Pahang Hingga Nampak Pasir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*