Wanita Sanggup Simpan Mayat Ibu Lebih 2 Tahun Di Rumah, Nak ‘Makan’ Duit Pencen Punya Pasal

Simpan Mayat Ibu Lebih 2 Tahun

Wanita Sanggup Simpan Mayat Ibu Lebih 2 Tahun Di Rumah, Nak ‘Makan’ Duit Pencen Punya Pasal

Seorang wanita berusia 47 tahun di Incheon, Korea Selatan telah ditahan pada Jumaat lalu kerana gagal mendaftarkan kematian ibunya selama lebih dua tahun.

Menurut The Korea Herald, wanita tersebut turut menyimpan mayat ibunya di rumah tempat mereka tinggal bersama bagi menikmati faedah pencen ibunya.

Polis dilaporkan bakal mendakwa wanita itu atas pertuduhan menyembunyikan dan menyimpan mayat. Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun. Waran telah dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Incheon pada hari sama wanita itu ditangkap.

Taktik wanita itu difahamkan terbongkar selepas pihak berkuasa kebajikan curiga ibu wanita berkenaan tidak mempunyai rekod perubatan sejak dua tahun yang lalu, kata jurucakap Perkhidmatan Pencen Negara pada Ahad.

Pihak berkuasa juga akan mendapatkan semula bayaran pencen yang dibayar melalui rampasan aset, bergantung kepada hasil siasatan polis, tambah jurucakap itu lagi.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Berdasarkan laporan, wanita itu didakwa menyimpan mayat ibunya sambil ditutup dengan selimut dirumahnya di sebuah bangunan pangsapuri bertingkat di daerah Incheon.

Ibu wanita itu dipercayai meninggal dunia lebih dua tahun lalu berdasarkan catatan wanita berkenaan yang menunjukkan ibunya telah meninggal dunia pada Ogos 2020 ketika berusia 76 tahun.

Wanita itu didakwa telah menerima wang pencen sebanyak 17 juta won (RM 59,000) dalam tempoh dua tahun. Dia menerima kira-kira 600,000 won (RM 2,100) sebulan hasil daripada pencen ibunya itu.

Wanita yang menganggur itu dilaporkan menggunakan wang berkenaan bagi menampung kehidupannya. Dia dikatakan gagal mendaftarkan kematian ibunya kerana takut jatuh miskin.

Dia ditemui bersama mayat ibunya selepas polis memeriksa rumahnya pada Rabu lalu.

Wanita itu dikatakan mempunyai enam adik beradik. Namun adik beradik yang lain telah memutuskan hubungan dengan ibu mereka selepas bapanya meninggal dunia pada 1995.

Kegiatannya itu terbongkar selepas pihak kebajikan tidak dapat menghubungi ibu wanita berkenaan yang meninggal dua tahun yang lalu.

Pegawai kebajikan telah meminta salah seorang daripada adik beradik tertuduh untuk menyemak kelayakan ibunya sebagai penerima bayaran tersebut. Adik beradik itu kemudiannya menghubungi polis sewaktu proses berkenaan, lapor NPS.

Menurut pegawai kebajikan, ibu tertuduh adalah salah seorang daripada kira-kira 67,000 orang yang disyaki menerima bayaran pencen secara salah.

Laporan bedah siasat menolak perbuatan keji, lalu menambah mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kematian ibu wanita berkenaan.

Sumber: The Korean Herald

The post Wanita Sanggup Simpan Mayat Ibu Lebih 2 Tahun Di Rumah, Nak ‘Makan’ Duit Pencen Punya Pasal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*