Kenali “Lemon Law”, Lindung Pengguna Jika Kereta Baru Dibeli Tiba-tiba Rosak

Kenali lemon law

Kenali “Lemon Law”, Lindung Pengguna Jika Kereta Baru Dibeli Tiba-tiba Rosak

Membeli kenderaan adalah satu keputusan besar kerana biasanya melibatkan pembeli berhutang dengan bank untuk tempoh yang panjang.

Jadi, sebagai pembeli, kita tentunya tidak mahu kenderaan yang dibeli tiba-tiba rosak.

Lebih-lebih lagi jika kenderaan yang dibeli adalah kenderaan baru dan diikat dengan hutang bank selama sembilan tahun.

Namun, jika tidak bernasib baik dan kenderaan yang masih ‘bau’ kedai tiba-tiba rosak, siapakah yang perlu bertanggungjawab?

Apatah lagi bila pengeluar mendakwa kerosakan yang berlaku tiada dalam jaminan waranti atau perlindungan waranti tidak memadai. Memang pening kepala, kan?

Oleh itu, tak hairanlah di luar negara sudah ada Lemon Law, iaitu undang-undang untuk melindungi pengguna, khususnya pemilik kereta.

Secara umumnya, undang-undang ini bertujuan untuk melindungi hak pengguna apabila kenderaan yang dibeli mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki.

Namun begitu, apa sebenarnya ‘lemom law’ ni?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa disebut lemon? Istilah itu timbul kerana sesetengah negara merujuk kereta baru yang rosak sebagai lemon.

Kereta-kereta baru yang rosak dan tidak boleh dibaiki ini selalu disamakan dengan satu frasa unik yang berbunyi “goods gone sour”.

Istilah lemon juga boleh digunakan kepada barangan lain yang dijual tetapi tidak menepati standard yang diiklankan.

Namun pada hari ini, panggilan lemon lebih popular digunakan untuk kereta yang mengalami kerosakan atau kecacatan.

Untuk mengetahui berkenaan persoalan itu, mari ikuti perkongsian SK pada hari ini mengenai lemon law.

Oleh kerana undang-undang ini tidak ada di Malaysia, maka kupasan lebih tertumpu kepada pengamalan lemon law di luar negara.

Pertama kali digubal di Amerika Syarikat

Lemon law pertama kali digubal di Amerika Syarikat pada tahun 1975 sebagai Akta Waranti Magnuson-Moss.

Di negara berkenaan, undang-undang tersebut terpakai di peringkat negeri dan juga persekutuan.

Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan. Lemon law di peringkat negeri kebiasaannya hanya terpakai kepada kenderaan yang masih di bawah waranti.

Manakala di peringkat persekutuan pula, ia lebih luas termasuk kepada produk-produk lain.

Kredit Sergei Supinsky/AFP

Menurut Chase, di bawah lemon law, pengeluar dikehendaki membaiki semula kenderaan keluaran masing-masing yang masih dalam waranti jika didapati ada kecacatan dan tidak selamat digunakan.

Jika kerosakan atau kecacatan yang ada didapati tidak boleh dibaiki walaupun selepas beberapa kali percubaan, maka pengeluar wajib menggantikan kenderaan tersebut dengan kenderaan baru atau membuat pulangan semula wang.

Apa yang dilindungi di bawah undang-undang lemon ini? 

Perlindungan ini boleh menjadi berbeza-beza dan ia biasanya meliputi kerosakan yang akan memberikan kesan kepada fungsi, keselamatan atau nilai kereta.

Kerosakan yang dialami juga mesti berada di bawah perlindungan waranti asal kereta yang dibeli tersebut.

Apa beza waranti dengan lemon law

Semua kereta baharu dan kereta terpakai biasanya didatangkan dengan perlindungan di bawah jaminan atau waranti.

Waranti ini akan melindungi sebarang kerosakan atau kecacatan yang boleh dibaiki sahaja sepanjang waranti itu aktif.

Dalam situasi tertentu, kereta berkenaan mungkin berdepan kerosakan atau kecacatan yang tidak boleh dibaiki.

Kerosakan atau kecacatan yang berlaku pula mungkin berpunca dan berasal semasa dalam proses pengeluaran lagi.

Ketika ini, jika perlindungan waranti tidak memadai, maka lemon law akan diguna untuk mewajibkan pengeluar menggantikan dengan kereta baru atau membuat pulangan wang.

Undang-undang lemon ni ada dekat Malaysia ke? 

Menurut Carsome, setakat ini lemon law tiada di Malaysia. Sebaliknya, pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna (CPA).

Akta berkenaan berkuat kuasa sejak tahun 1999.

Akta ini bertujuan untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada pengguna.

Ia juga membolehkan pengguna membawa kes ke Tribunal Pengguna untuk sebarang pertikaian atau tuntutan tidak melebihi RM50,000.

Di bawah CPA ini, anda sebagai pengguna mempunyai hak untuk membuat tuntutan berkaitan kerosakan yang di alami.

Akta ini bukan sahaja memberi perlindungan sebagai pengguna kenderaan, malah ia juga melindungi beberapa perkara lain.

Antaranya anda sebagai pengguna produk makanan, pakaian, kesihatan, pendidikan dan perumahan.

Perlindungan yang ditawarkan terdiri daripada produk, perkhidmatan dan proses pembuatan yang mungkin mendedahkan pengguna kepada bahaya di kemudian hari.

Walaupun CPA menawarkan perlindungan kepada pengguna, namun kewujudan lemon law akan menjadikan perlindungan CPA lebih kukuh, khususnya kepada pembeli kenderaan.

Sumber: Carsome, Chase, DCBA

The post Kenali “Lemon Law”, Lindung Pengguna Jika Kereta Baru Dibeli Tiba-tiba Rosak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*