Kenangan Raya Dulu-Dulu Buat Ramai Rindu, No 6 Paling Masyuk Bila Buat

Bulan Ramadan pada tahun ini telah mencecah usia sekitar seminggu, ramai yang sudah mula buat persiapan raya secara sedikit demi sedikit. Antaranya ialah mengemas dan mengubah suai rumah supaya ada suasana yang baru untuk raya tahun ini. Tapi kan, bila tengah kemas-kemas ni, pasti ramai akan teringat dan rindu akan kenangan-kenangan raya dahulu yang lebih nostalgik dan meriah.

Tambahan sewaktu usia kita masih kanak-kanak, Hari Raya Aidilfitri sangat dinantikan kerana boleh mendatangkan banyak keuntungan. Antara kenangannya adalah:

  1. Takbir raya keliling kampung
  2. Tidur ramai-ramai di ruang tamu rumah nenek
  3. Memori Kad Raya
  4. Bakar lemang depan rumah
  5. Anyam ketupat sendiri, buat kuih raya beberapa hari sebelum raya
  6. Raya di semua rumah dalam kampung, kutip duit raya setiap rumah
  7. Pasang pelita dan lampu liplap keliling rumah

Ternyata, antara ketujuh-tujuh kenangan klasik ini, ramai yang pasti rindu kerana suasananya agak berbeza daripada sekarang. Bila disebutkan mengenai klasiknya raya, sebenarnya sekarang pun ada kempen Klasiknya Raya yang sedang dijalankan oleh Mydin untuk Ramadan dan Syawal ini.

Klasiknya Raya Mydin

Klasiknya Raya Mydin merupakan salah satu usaha untuk menggamit memori di sanubari pada raya tahun ini dengan pelbagai tawaran-tawaran yang hebat. Klasiknya Raya Mydin bermula sejak 15 Mac lagi dan akan berakhir pada 15 Mei nanti.

Konsep yang dibawakan oleh Mydin melalui Klasiknya Raya ini adalah menghidupkan nostalgia, kemodenan tradisional, gabungan lama dan baru, tradisi yang relevan dan nilai-nilai yang hebat.

Melalui kempen ini juga, Mydin turut berkolaborasi dengan beberapa agensi antaranya adalah pihak perbankan.

MBSB Bank

Kempen terbaru Mydin ini dianjurkan dengan kerjasama rakan eksklusif perbankan MBSB Bank di samping menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih dekat dengan pengunjung Mydin.

Antara yang menarik menerusi kerjasama ini, beban isi rumah dapat dikurangkan menerusi pemberian ganjaran  RM100 Mydin e-baucar untuk pelanggan MBSB yang membuat urusan pembiayaan sehingga RM400,000. 

Selain itu, pengunjung melakukan transaksi bank akan dihadiahkan RM20 dan ianya hanya  terhad kepada 100 pelanggan dalam sebulan. Menerusi kempen Klasiknya Raya Mydin, MBSB juga telah membuka pop up bank di 14 cawangan Mydin bagi memudahkan pelanggan Mydin dan MBSB untuk membuat sebarang urusan.

Ramadan Raya Rahmah

Penganjuran Klasiknya Raya Mydin pada tahun ini juga diserikan lagi dengan Ramadan Raya Rahmah iaitu penawaran harga barangan dan makanan dengan harga Rahmah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sejumlah 40,000 bubur lambuk akan diagihkan di pelbagai cawangan di Malaysia. Aktiviti ini melibatkan kerjasama dari KPDN, pembekal serta NGO seperti ADABI, Beras Era, Bestari, Coca-Cola, Ecodisposable, Faiza, H Elite, KRSRM, Inazul, Indra Valley, Lipton, Maggi, Promex, Saji, SJEcho, UCSI Universiti, OEL & 100 Plus.

Bagi Jualan Rahmah pula, pakaian raya dijual serendah RM30 sahaja dengan pelbagai koleksi-koleksi terbaru. Terdapat 9 cawangan yang menganjurkan Jualan Rahmah iaitu di Mydin Tunjong, Mydin Subang Jaya, Mydin MITC, Mydin Meru Jaya, Mydin Bukit Mertajam, Mydin Gong Badak, Mydin Mutiara Rini, Mydin Petra Jaya dan Seremban 2.

Selain itu, terdapat juga Bazar Ramadan Rahmah yang dianjurkan di dalam kompleks Mydin daripada 23 March sehinggalah 22 April 2023. Bazar ini terdapat di 28 cawangan yang terpilih dengan penawaran harga serendah RM4.90 sahaja.

Bukan Bazar Ramadan Rahmah saja, Bakul Rahmah juga diperkenalkan menerusi Mydin Prihatin yang disumbangkan oleh pelbagai sumber. Bakul Rahmah akan diagihkan kepada golongan B40 dan yang memerlukan dalam anggaran 2,000 pek.

Kerjasama Zus

Kerjasama daripada industri makanan juga terlibat dalam Klasiknya Raya Mydin pada kali ini. Antaranya ialah Kafe terkenal iaitu Zus,  pengunjung dapat menikmati diskaun sehingga 15% untuk Kurma Spanish Frappe sekiranya berbelanja RM100 di cawangan Mydin dari 23 Mac sehingga 22 April.

Bukan Zus sahaja, Cadbury juga terlibat dalam kerjasama Mydin untuk menjaya kempen ini dengan ‘Biggest Live Baking Event’ untuk mendapatkan The Malaysia Book of Records.

E Wallet

Satu lagi perkara menarik menerusi Klasiknya Raya adalah ganjaran-ganjaran yang ditawarkan oleh 5 jenis e dompet. Antara e dompet yang terlibat adalah Atome dengan potongan sehingga RM20 , Boost dengan pulangan RM10, MBSB Bank dengan RM500 kredit e-dompet untuk 10 pemenang , MCash dengan pulangan tunai setinggi RM10 dan juga Touch ‘nGo dengan pulangan sehingga RM5.

Walaupun jenis e dompet yang berbeza, namun apabila pengunjung berbelanja di Mydin dengan menggunakan setiap aplikasi, mereka akan menikmati pelbagai ganjaran dan pulangan tunai. 

Sebenarnya terdapat banyak lagi ganjaran dan tawaran-tawaran yang hebat menerusi Klasiknya Raya Mydin. Secara keseluruhannya, kempen ini sangat membantu pelanggan Mydin untuk menikmati barangan dengan harga yang sangat murah terutamanya ketika membuat persiapan raya. Tidak kiralah dari segi bahan makanan, pakaian raya, perkakasan rumah dan sebagainya, semuanya ada tawaran dan ganjaran yang istimewa untuk pelanggan Mydin.

Jadi, kalau korang nak tahu dengan lebih mendalam kempen Klasiknya Raya Mydin ni, korang boleh layari www.mydin.my/klasiknya-raya atau semak di laman sosial Mydin seperti di Facebook, Twitter dan Instagram.

The post Kenangan Raya Dulu-Dulu Buat Ramai Rindu, No 6 Paling Masyuk Bila Buat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*