Mengandungi Toksin Berbahaya, Ikan Buntal Tidak Dibenarkan Dijual Di Pasaran – KP Kesihatan

Ikan buntal toksin berbahaya

Mengandungi Toksin Berbahaya, Ikan Buntal Tidak Dibenarkan Dijual Di Pasaran – KP Kesihatan

Ikan buntal mempunyai toksin yang berbahaya justeru ia tidak dibenarkan untuk dijual di pasaran, Tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Memetik Astro Awani, beliau juga mendedahkan bahawa sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal telah dilaporkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini. 18 kes daripada kesemua kes tersebut dilaporkan telah menyebabkan kematian.

Tambah beliau, mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menerangkan mengenai larangan penjualan mana-mana makanan yang mengandungi apa-apa bahan beracun. Ia termasuk makanan yang berbahaya mengandungi toksin atau memudaratkan kesihatan.

“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghasilkan bahan pendidikan. Ia sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal.

“KKM akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

“Tinjauan yang telah dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), KKM pada tahun 2019 menunjukkan 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal,” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita warga emas meninggal dunia pada Sabtu lepas. Manakala suaminya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dipercayai mengalami keracunan selepas memakan ikan buntal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata wanita berusia 83 tahun itu mula menunjukkan gejala sesak nafas dan menggigil. Di ikuti suaminya satu jam kemudian dengan gejala sama, kira-kira pukul 3 petang selepas memakan ikan tersebut pada waktu tengah hari.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

“Kedua-dua pasangan tersebut telah dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh anak mereka yang tinggal berasingan sebelum disahkan meninggal dunia pada 7 malam, hari yang sama.

“Kes ini dianggap sebagai keracunan makanan disebabkan ikan buntal. Malah punca kematian diletakkan sebagai keracunan makanan. Dengan ‘neurological manifestation resulting in respiratory failure with cardiac dysrhythmmia possible due to toxin ciguatera or tetradotoxin ingestion’. Ia diperoleh daripada ikan buntal,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Sumber: Astro Awani

The post Mengandungi Toksin Berbahaya, Ikan Buntal Tidak Dibenarkan Dijual Di Pasaran – KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*