Kenapa Ada Burung Suka ‘Serang’ Tingkap Rumah? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Kenapa Burung Suka Serang Tingkap Kereta Saya?

Kenapa Burung Suka Serang Tingkap Kereta Saya?

Setiap tahun, ketika cuaca cerah kerap berlaku di sesebuah kawasan, burung-burung seperti Robin Amerika (Turdus migratorius) dan burung cardinal (Cardinalis cardinalis) mula bermigrasi. Burung-burung ini biasanya akan singgah di rumah manusia untuk menentap sementara waktu.

Haiwan ini juga menggunakan kesempatan ini untuk mencari pasangan di kawasan berdekatan sangkar dibina untuk mengawan.

Oleh sebab itu, lokasi dan tahap keselamatan sarang sangatlah penting bagi burung-burung itu. Haiwan berbulu ini turut mengawal kawasannya dari sebarang wajah-wajah yang tidak dikenali, termasuklah wajahnya sendiri.

Bagi anda, pantulan wajah anda pada cermin tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada diri anda, mahupun komuniti anda.

Berbeza dengan burung, mereka menyangka bahawa pantulan rupa mereka pada objek licin sebagai satu ancaman. Disebabkan rasa terancam melihat pantulan diri sendiri , burung berkenaan bertindak mematuk objek itu bersinar berkali-keli.

Perkara ini juga berlaku pada spesies burung lain seperti ayam belanda dan spesies lain seperti ikan laga. Haiwan-haiwan ini juga dilihat gemar ‘bergaduh’ dengan bayang-bayangnya sendiri.

Menariknya, haiwan-haiwan ini tidak akan menyerang kereta yang kotor, kerana kotoran dapat menghalang imejnya daripada terpantul ke mata haiwan berkenaan.

Serangan tingkap pula, berbeza dengan serangan-serangan burung yang lain. Pelanggaran dahsyat tersebut disebabkan apabila burung tersebut menyangka bahawa pantulan tingkap rumah anda sebagai langit dan terbang menuju ke arahnya.

Pelanggaran tersebut sangat berbahaya dan sering mencetuskan kematian bagi burung yang terlibat. Secara umumnya, serangan ini sangat menjengkelkan bagi kedua-dua spesies, iaitu manusia dan burung.

Apa yang perlu dilakukan apabila burung ‘serang’ tingkap rumah anda?

Kalau ada burung yang bertindak sedemikian pada tingkap rumah anda, anda perlu pergi ke luar dan memeriksa keadaan burung tersebut.

Jika burung berkenaan dalam keadaan baik dari segi kedudukan sayap, matanya dan mampu berdiri tanpa sebarang masalah, anda boleh membiarkan burung berkenaan.

Tetapi, jika anda melihat kecederaan, perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah membawa burung berkenaan ke tempat yang selamat.

Pindahkan burung berkenaan ke dalam bekas yang gelap seperti kotak kasut. Letakkan bekas tersebut di tempat yang selamat dan sunyi.

Selepas 15 minit, cuba buka kotak berkenaan di luar bangunan dan terdapat kebarangkalian burung itu akan terbang dengan sendirinya.

Jika burung tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk sembuh, bawanya ke mana-mana pusat rehabitilasi haiwan liar.

Bagaimana hendak mengelak tingkap rumah saya daripada ‘diserang’ burung?

Namun, apa yang boleh dilakukan, jika ringkap rumah anda sering menjadi sasaran serangan burung?  Pertama sekali, anda perlu memerhatikan keadaan tingkap anda dari luar bangunan ketika cuaca cerah, khususnya pada waktu tengah hari.

Seterusnya, anda boleh menghalang sebarang imej pantulan dengan meletakkan jaring ataupun kain. Anda juga boleh meletakkan filem pada tingkap untuk memberikan efek legap pada cermin tingkap anda.

Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar terdesak dan memiliki bajet yang besar, anda boleh memasang tirai pada luar rumah anda.

BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya

Sumber: Mental Floss

The post Kenapa Ada Burung Suka ‘Serang’ Tingkap Rumah? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*