Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Dalam Kejohanan Sukan, Kenapa Taiwan Sering Dirujuk Dengan Nama 'Chinese Taipei'?

Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu

Taiwan adalah sebuah negara yang terletak di Asia Timur. Negara ini bukanlah negara yang asing dan ramai rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengan nama negara tersebut.

Namun begitu, perasan atau tidak, dalam acara sukan terutamanya di peringkat global, Taiwan akan dirujuk sebagai Chinese Taipei.

Contohnya boleh dilihat ketika Malaysia menentang negara itu semalam dalam perlawanan pusingan kelayakkan Piala Asia/Piala Dunia.

Kedua-dua kejohanan tersebut dihoskan oleh badan sukan dunia, AFC dan FIFA. Jadi, nama Taiwan dirujuk sebagai Chinese Taipei.

Kenapa namanya berubah? Kenapa nama Taiwan tidak dikekalkan? Semuanya berkait rapat dengan sejarah negara tersebut.

Jadi, kali ini jom kita sama-sama kupas kenapa Taiwan dikenali sebagai Chinese Taipei dalam acara sukan.

Sejarah Perang Saudara 1949

Selepas Perang Saudara China berakhir pada 1949 dan tewas, beberapa pemimpin nasionalis (Kuomintang) dan kerajaan Republik China ketika itu berundur ke sebuah pulau, yang dikenali sebagai Taiwan pada hari ini.

Disana, mereka menubuhkan sebuah negara dengan nama rasmi Republik China (ROC).

Manakala pihak menang dalam perang itu, parti pimpinan Mao Zendong pula menguasai Tanah Besar dan menubuhkan Republik Rakyat China (PRC).

Walaupun mempunyai sistem demokrasi, kerajaan, mata wang sendiri dan populasi melebihi 30 juta, namun sebenarnya kerajaan Taiwan tidak diiktiraf secara diplomatik oleh kebanyakkan negara.

Ini kerana, China sentiasa menegaskan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan akan bersatu kembali dengan negara itu satu hari nanti.

Oleh itu, biarpun China tidak menguasai Taiwan pada hari ini, namun China mempunyai pengaruh yang besar kerana merupakan salah sebuah negara kuasa besar dunia. Malah, China juga memiliki kuasa veto dalam PBB.

Dengan pengaruh tersebut, China didakwa cuba menekan banyak pihak daripada mengiktiraf kedaulatan Taiwan. Antaranya membantah penggunaan nama Taiwan di peringkat antarabangsa.

Malah, mana-mana diplomat Taiwan yang dihantar oleh negara-negara Eropah juga tidak boleh dirujuk sebagai kedutaan.

Jawatankuasa Olimpik dan Chinese-Taipei

Keputusan untuk merujuk Taiwan sebagai Chinese Taipei dibuat oleh Jawatankuasa Olimpik (IOC) pada 1981 untuk membenarkan negara itu terus bertanding dalam temasya sukan dunia tanpa sebarang bantahan.

Sekiranya Taiwan dibenarkan bertanding dibawah nama ROC, banyak bantahan yang timbul terutamanya dari China.

Sejak itu, banyak acara-acara sukan dunia mengikut keputusan yang dibuat oleh IOC jika terdapat penyertaan Taiwan. Selain dalam sukan bola sepak, Taiwan juga dirujuk sebagai Chinese Taipei dalam sukan-sukan lain. Antaranya sukan badminton dan baseball.

Dibawah nama Chinese Taipei, atlet negara itu tidak dibenarkan membawa bendera rasmi Taiwan, sebaliknya mereka menggunakan bendera “Plum Blossom Banner” dengan logo rasmi Olimpik.

Selain itu, lagu kebangsaan Taiwan juga tidak dimainkan sekiranya atlet itu naik ke podium sebagai juara. Sebaliknya, satu lagu tradisional lain yang mempunyai simbolik tersendiri akan dipasang.

Kompromi-kompromi yang dibuat ini menyaksikan Taiwan dapat bertanding tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama, ia juga tidak ‘menampakkan’ Taiwan sebagai sebuah negara berdaulat.

Namun, perkara ini pernah menjadi isu semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada 2022. Kontroversi yang timbul menyebabkan Taiwan merancang untuk menarik diri daripada acara pembukaan.

Persengketaan bermula apabila negara tuan rumah, China dipercayai melakukan ‘kecuaian’ ketika merujuk nama delegasi Taiwan dalam temasya tersebut.

Secara rasminya, nama delegasi Taiwan dalam bahasa Cina dirujuk sebagai Zhonghua Taipei yang bermaksud ‘Chinese Taipei‘.

Namun, rakyat China selalu merujuk delegasi Taiwan sebagai Zhongguo Taipei. Zhongguo merupakan nama negara China dalam bahasa Cina.

Penggunaan nama itu secara tidak langsung seolah-olah menyatakan bahawa atlet-atlet dari Taiwan adalah atlet-atlet China. Ekoran itu, ketegangan timbul dan Taiwan menyatakan hasrat untuk tidak menyertai acara pembukaan sukan tersebut.

BACA: Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sumber: New York Times & Sporting News

The post Kenapa Dalam Sukan, Taiwan Dipanggil Chinese Taipei? Ini Sejarahnya Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*