Nahas Kereta Api Greece: Perdana Menteri Mohon Pengampunan Keluarga Mangsa

nahas kereta api greece

Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis memohon pengampunan daripada keluarga 57 mangsa yang terlibat dalam nahas kereta api baru-baru ini, lapor BBC.

“Sebagai perdana menteri, saya terhutang budi kepada semua orang terutama kepada mangsa (untuk memohon) keampunan,” katanya memetik AFP.

Manakala Menteri Pengangkutan, Kostas Karamanlis juga meletakkan jawatan sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia.

Karamanlis berasa bertanggungjawab atas kegagalan kerajaan untuk memodenkan landasan kereta api negara sepanjang tiga setengah tahun memerintah.

Mitsotakis dalam kenyataan berkata dasar haluan landasan bagi dua kereta api berbeza arah perjalanan diselaraskan dengan polisi baharu.

“Untuk Greece pada tahun ini, dua kereta api yang melalui arah haluan berbeza tidak boleh menggunakan landasan yang sama dan (malangnya) tiada siapa perasan,” katanya.

Nahas kereta api: bandar dipenuhi penunjuk perasaan kecam kerajaan

Sementara itu, nahas antara kereta api penumpang dan barang berhampiran bandar Larissa pada Selasa telah mencetuskan kemarahan meluas di seluruh Greece.

BACA: Kereta Api Greece Bertembung: Sekurang-Kurangnya 16 Maut, Berpuluh-puluh Cedera

Difahamkan protes penunjuk perasaan berterusan selama beberapa hari dan ia dianggarkan dihadiri seramai kira-kira 12,000 orang.

Di Syntagma Square, beberapa penunjuk perasaan bertindak untuk membakar tong sampah dan membaling bom petrol di kawasan awam.

Dalam pada itu, penunjuk perasaan dilaporkan melepas beratus-ratus belon hitam ke langit untuk mengenang mangsa yang terlibat.

Polis bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan yang membuatkan lokasi itu yang awalnya dipenuhi orang lengang dalam beberapa minit.

Nahas kemalangan kereta api

Sebelum ini pada malam 28 Februari, satu kemalangan tragis berlaku melibatkan kereta api penumpang dan barang yang bergerak dari arah berbeza bertentangan pada landasan yang sama.

Empat gerabak pertama kereta api penumpang tergelincir dan dua gerabak pertama terbakar dan hampir musnah sepenuhnya.

Dalam pada itu, kemalangan kereta api itu banyak dikaitkan dengan kesilapan teknikal manusia.

Terdahulu media melaporkan, seorang ketua stesen berusia 59 tahun di Larissa telah didakwa atas tuduhan membunuh dengan kecuaian dan bakal dihadapkan ke mahkamah.

Peguamnya Stefanos Pantzartzidis berkata ketua stesen itu mengaku bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku.

Namun, orang awam di Greece melihat nahas itu sebagai satu kemalangan yang telah lama ‘ditunggu’ oleh sesebuah pihak.

Kesatuan pekerja kereta api turut menyalahkan kerajaan terhadap nahas yang meragut puluhan nyawa itu.

Pemandu kereta api di Greece berkata terdapat masalah teknikal berlaku kepada sistem elektronik sejak sekian lamanya.

Sistem itu sepatutnya memberi amaran kepada mereka mengenai bahaya di hadapan, namun ia tidak berfungsi.

Sejuru selepas kemalangan itu, kerajaan Greece mengisytiharkan tiga hari berkabung dan berkata kos pengebumian mangsa akan ditanggung kerajaan.

Sumber: BBC

The post Nahas Kereta Api Greece: Perdana Menteri Mohon Pengampunan Keluarga Mangsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*