Hanya Satu Panggilan Telefon, Guru Rugi Lebih RM300,000

Hanya Satu Panggilan Telefon, Guru Rugi Lebih RM300,000

Hanya Satu Panggilan Telefon, Guru Rugi Lebih RM300,000

KUANTAN, 22 Nov (Bernama) — Bermula dengan satu panggilan telefon, seorang guru wanita menanggung beban hutang yang tinggi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membuat pinjaman bank oleh sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan telefon pada pertengahan Oktober lepas, mengaku sebagai wakil syarikat penghantaran memaklumkan terdapat bungkusan didaftarkan dengan nama mangsa telah ditahan polis.

“Suspek mendakwa bungkusan itu bermasalah kerana mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan, buku cek dan kad kredit menyebabkan mangsa perlu berurusan dengan polis bagi mendapatkan bungkusan tersebut.

“Mangsa mendakwa dirinya telah bercakap dengan pegawai polis di Pulau Pinang sebelum disambungkan ke Bukit Aman memandangkan bungkusan itu berkait dengan kes dadah dan wang haram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang panik telah mengikut arahan untuk memindahkan wang ke akaun diberikan suspek selain turut membuat pinjaman di sebuah bank, juga mengikut arahan suspek sebelum diarahkan untuk berkongsi maklumat perbankan itu.

Katanya, mangsa dimaklumkan bahawa transaksi pemindahan wang dan pinjaman bank adalah untuk siasatan polis dan bayaran kepada mahkamah, pihak audit serta Bank Negara Malaysia selain bagi rayuan supaya dia tidak dikenakan tindakan.

“Secara keseluruhannya, mangsa mendakwa telah memindahkan wang berjumlah RM362,399 kepada suspek dan hanya menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek bagi bertanyakan perkembangan siasatan kes itu,” katanya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di balai polis di Cameron Highlands, semalam.

Yahaya menasihatkan orang awam untuk tidak panik semasa menerima panggilan telefon meragukan dan segera membuat semakan di balai polis selain menyemak nombor telefon dan nombor akaun yang diterima di laman web https://semakmule.rmp. gov.my supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

BACA: Pesawat Terbang Laju, Tetapi Kenapa Penumpang Tak Rasa ‘Bergerak’? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sumber: Bernama

The post Hanya Satu Panggilan Telefon, Guru Rugi Lebih RM300,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*