Kenapa Jubah “Lecturer” Pakai Masa Konvo Lain-lain? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Jubah lecturer konvo

Kenapa Jubah “Lecturer” Pakai Masa Konvo Lain-lain? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu

Sekarang ini, kebanyakan hantaran di media sosial memaparkan perkongsian para pelajar lepasan universiti mahupun kolej sedang meraikan hari graduasi mereka.

Rata-rata berkongsi detik manis mereka memperagakan jubah konvokesyen universiti masing-masing dengan gaya tersendiri.

Jubah konvokesyen ini berbeza rekaan dan warna mengikut universiti dimana mereka belajar. Antara warna-warna yang sering dilihat adalah biru, hijau, ungu, merah hati dan macam-macam lagi.

Bagi meraikan majlis konvokesyen ini, bukan sahaja para graduan yang terlibat malah penysarah dan ahli akademik turut menggayakan jubah mereka.

Jubah dipakai “lecturer” masa konvo berbeza-beza?

Namun begitu, jubah pensyarah ini kebanyakannya tidak seragam dan berbeza-beza rekaan mahupun warna.

Kenapa jubah yang dipakai warga pendidik ini berbeza dengan jubah rasmi digayakan graduan universiti? Ada kena mengena dengan kehendak pensyarah atau pencapaian akademik mereka ke?

Untuk menjawab persoalan terbabit mari kita ikuti perkongsian menarik yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini.

Apa sebab jubah tersebut berbeza-beza?

Sebelum mengulas lanjut mengenai persoalan tersebut, elok kiranya kita kenali dahulu sejarah pemakaian jubah graduasi buat para pelajar yang sudah tamat belajar.

Menurut Victoria Universiti, Melbourne Australia, pemakaian jubah mula diperkenalkan di Universiti Oxford dan Cambridge pada tahun 1222.

Ia mula diperkenalkan oleh Pendeta Agung Canterbury, di mana para pelajar perlu memakai jubah yang dikenali sebagai “cappa clausa” itu.

Selama berabad, konvensyen telah berubah dan jubah kini dipakai di universiti di seluruh dunia. Pemakaiannya pula bukan sebagai pakaian harian tetapi untuk menandakan pencapaian akademik seseorang.

Terdapat gaya jubah yang berbeza untuk ijazah sarjana muda dan peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Berbalik kepada perbezaan jubah pensyarah tadi, menurut perkongsian UiTM tersebut, jubah itu dilihat berbeza mengikut universiti para pensyarah menamatkan pengajian terakhir mereka.

BACA: Tiga Graduan Yatim Piatu Cekal Kejar Ilmu Demi Segulung Ijazah

Sebagai contoh, seorang pensyarah yang menamatkan pengajian terakhir di Universiti Chulalongkorn di Thailand memakai jubah berwarna putih. Jubah itu juga memiliki ciri unik tersendiri yang membezakan bidang dan peringkat pengajian.

Jubah-jubah bagi warga akademik yang menamatkan pengajian di Universiti Melbourne, Universiti Ohio, Universiti Leeds, dan Universiti Utara Malaysia juga berbeza.

Keempat-empat jubah tersebut memiliki perincian dan ciri yang tersendiri seperti warna, garisan peringkat pengajian dan topi atau ‘mortar board’.

Kesimpulannya, perbezaan jubah itu adalah disebabkan latar belakang universiti yang dihadiri oleh setiap pensyarah yang berbeza-beza. Oleh sebab itulah, jubah para pensyarah dipakai semasa acara konvokesyen tidak seragam atau berbeza-beza.

Sumber: Facebook/UiTM, Victoria Universiti

The post Kenapa Jubah “Lecturer” Pakai Masa Konvo Lain-lain? Ini Jawapan Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*