Pagar Dikunci, Halang Guru Dan Staf Yang Lewat Masuk Sekolah

guru & staf lewat

Pagar Dikunci, Halang Guru Dan Staf Yang Lewat Masuk Sekolah

Tular di media sosial Indonesia berkenaan sebuah video yang memaparkan aksi para guru dan staf dikunci di luar pagar sekolah gara-gara datang lambat, lapor Liputan 6.

Kejadian itu telah dikongsikan oleh akaun TikTok @bohay91830 pada Isnin lalu dan dipercayai berlaku di Sekolah Negeri 4 Bangli, Bali.

Menerusi video perkongsian itu, dapat dilihat beberapa orang guru serta staf sekolah yang telah terlewat datang ke sekolah.

Video berdurasi 50 saat itu telah berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial tersebut.

Dalam muat naik itu, perakam video berkenaan telah merakam sebilangan guru dan kakitangan yang lewat ke sekolah dan terpaksa menunggu di luar pagar.

Kredit TikTok

“Guru datang lewat dan ditutup pintu pagar sekolah oleh pelajar semasa upacara bendera,” tulis kenyataan di awal video tersebut.

Malah, beberapa pelajar yang menjadi ahli Peronda Keselamatan Sekolah (PKS) dilihat sedang berawal di pintu pagar.

Video itu juga menjelaskan bahawa tiada toleransi walaupun hanya terlewat satu minit sebelum mula sesi persekolahan.

Kredit TikTok

Nama guru yang datang lambat turut ditulis dalam buku rekod

Selain itu, para guru dan staf sekolah itu juga direkodkan namanya untuk dijadikan laporan pihak sekolah.

“Guru dan kakitangan pun manusia juga, kami pun buat silap tapi bukan sengaja. Tidak semua yang bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami.

“Semoga disiplin pada masa hadapan dapat dipertingkatkan lagi supaya boleh menjadi contoh dan teladan yang baik sebagai warga pendidik,” tulis kenyataan dalam video itu lagi.

Muat naik video itu juga telah menerima reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial berkenaan. Ramai netizen yang memberi tabik hormat kerana guru itu kelihatan tertib menunggu dan tidak membantah.

Netizen di media sosial juga bersetuju agar peraturan ini perlu dilaksanakan bukan sahaja kepada pelajar tetapi ia juga boleh diterapkan kepada guru serta staf sekolah.

“Saya juga seorang guru dan pernah mengalami perkara ini, tetapi saya terima akibatnya. Disiplin bukan sahaja untuk pelajar malah guru juga wajib berdisiplin,” tulis seorang netizen.

“Memang patut dicontohi. Peraturan sekolah bukan sahaja untuk pelajar tetapi semua warga sekolah sedia ada,” tulis seorang lagi netizen yang bersetuju dengan peraturan tersebut.

“Bagus, bagus. Saya suka keadilan sosial seperti ini,” tulis seorang lagi netizen.

@bohay91830

guru dan staf juga manusia,tempat kami salah tapi bukan sengaja..tidak semua yg bagus kami perlihatkan mengenai sekolah kami dan inilah salah satu pengamalan pancasila untuk membentuk karakter peserta didik yang kami terapkan disekolah,bahwa siapapun yang terlambat harus menghadapi konsekuensinya.maaf atas keterlambatan kehadiran kami,semoga kedisiplinan kedepannya bisa lebih ditingkatkan,sehingga bisa menjadi contoh dan panutan yang baik sebagai tenaga pendidik.#smk #guruterlambat #terlambatsekolah #keadilansosialbagiseluruhrakyatindonesia #pks #osis

♬ Tiara Andini Tega – Sadvibes🥀

Sumber: Liputan6 

The post Pagar Dikunci, Halang Guru Dan Staf Yang Lewat Masuk Sekolah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*