Kenapa Liga Saudi Belanja Mewah Borong Pemain Liga Eropah?

Kenapa Liga Saudi Belanja Mewah Borong Pemain Liga Eropah?

Seusai tamat liga-liga utama di Eropah, maka terbuka luas jendela perpindahan untuk semua pasukan menyiapkan skuad mereka ke tahap terbaik. Bagi mengharungi musim baru yang sudah pasti jauh lebih mencabar.

Tak pelik bila pemain-pemain dari liga-liga eropah memilih untuk berhijrah ke kelab-kelab eropah yang lain. Tapi jendela perpindahan kali ini agak segar, bila Liga Pro Saudi atau Saudi Pro League (SPL) mejadi tumpuan ejen-ejen pemain.

Sejak pemain sensasi Cristiano Ronaldo memilih kelab Al-Nassr untuk teruskan karier beliau, pemain-pemain liga eropah lain juga mula mencari tempat di liga Saudi. Terkini, Karim Benzema telah melengkapkan perpindahan ke Al-Ittihad dan meneriam gaji yang lumayan.

Selain pemenang Ballon d’Or itu, N’golo Kante juga sedang menuju ke Al-Ittihad dengan persetujuan kontrak berjumlah £172 juta (RM 1bilion). Nama-nama seperti Ruben Neves, Romelu Lukaku, Edouard Mendy dan Kalidou Koulibaly antara nama besar lain yang sedang menuju ke Arab Saudi.

Kenapa Liga Saudi Belanja Mewah?

Pelik kan tiba-tiba Liga Saudi menggila belanja mewah untuk pemain-pemain kelas atasan. Menurut laporan Saudi Pro League berbelanja besar salah satunya kerana SPL dalam usaha menaikkan nilai liga utama mereka dan ingin menjadikan liga Saudi 10 terbaik di dunia.

Mereka tiada peraturan had perbelanjaan seperti yang dikuatkuasakan di Eropah. Jadi, mereka bebas untuk berbelanja mewah dan menawarkan pemain dengan gaji yang berlipat kali ganda berbanding kelab Eropah.

Liga China pernah buat

Adakah cara liga Saudi belanja mewah ini yang terbaik untuk menaikkan nilai liga bolasepak? Siapa masih ingat China Super League pernah menawarkan gaji mewah kepada pemain Eropah dan Amerika Latin? Carlos Tevez pernah menerima gaji $820,000 (RM3.7 juta) seminggu bersama kelab Shanghai Shenhua.

Oscar dari Brazil sanggup korbankan karier kebangsaannya demi masa depan beliau dan menerima gaji £400,000 (RM2.3 juta) seminggu. Selepas penghijrahan dari Chelsea ke Shanghai Port, Oscar tidak lagi dipanggil ke skuad kebangsaan Brazil. Kali terakhir beliau dipanggil pada tahun 2015.

Tapi sehingga ke hari ini, adakah nilai liga utama China ke tahap yang lebih baik? Adakah liga China menduduki 10 liga terbaik dunia? Berdasarkan laman web Global Football Ranking, J-League (Liga Jepun) terbaik di Asia apabila menduduki tempat ke-20 dunia.

Liga Perdana Inggeris kekal menjadi liga terbaik dunia diikuti Bundesliga (Jerman), La Liga (Speanyol) dan Serie A (Itali). Liga China menduduki tempat ke-32 dalam senarai ranking dunia.

Ceferin tak takut pun

Presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin tidak merasa gerun dengan tindakan liga Saudi belanja mewah dan memborong pemain Eropah. Bagi beliau, membeli pemain-pemain tua yang sudah melepasi tahap terbaik mereka adalah kesilapan yang sama dilakukan oleh Liga Super China dulu.

“Sepatutnya Arab Saudi membelanjakan wang itu untuk membangunkan bakat-bakat tempatan dan bukannya berbelanja mewah membeli Ronaldo dan Karim Benzema,” kata Ceferin.

“Lihatlah apa jadi kepada liga di China yang pernah menawarkan Drogba dan Anelka satu ketika dahulu, selepas 10 tahun pasukan kebangsaan mereka hanya menduduki ranking ke-81 dunia.”

“Ada ke pemain-pemain muda yang sedang rancak membangunkan karier mereka di eropah mahu menerima tawaran dari kelab Saudi? Selain wang ringgit, pemain mahu memenangi kejohanan besar di Eropah. Ronaldo dan Benzema dah julang semua itu disini (Eropah),” tambah Ceferin.

Hamidin tolak persahabatan bersama negara gergasi

Perkara seperti ini mengingatkan SK kepada isu netizen membahan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menolak pelawaan dari pasukan Brazil untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Ini kerana Indonesia mengadakan perlawanan dengan juara dunia Argentina.

Bagi SK adakah perlu untuk menentang pasukan besar kalau ia tidak realistik untuk mendapatkan mata dan menaikkan kedudukan ranking dunia? Ia satu pembaziran dan tidak perlu kita iri melihat negara jiran melawan pasukan gergasi kerana itu semua keperluan negara masing-masing.

Misi utama skuad Kim Pan Gon sekarang naikkan kedudukan ranking FIFA dan mempersiapkan pasukan ke Piala Asia 2023. Samalah seperti Liga Saudi, adakah perlu dan berhasil berbelanja mewah hanya untuk menaikkan nilai liga? Keperluan dan realistik itu perlu seiring.

Liga Jepun tak perlu berbelanja mewah untuk gajikan pemain tapi liga mereka jauh lebih baik dan berkualiti. Malah J-League menjadi liga no.1 di Asia.

The post Kenapa Liga Saudi Belanja Mewah Borong Pemain Liga Eropah? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*