Imam Meninggal Dunia, Ditembak Di Luar Masjid New Jersey

imam new jersey ditembak luar masjid

Imam Meninggal Dunia, Ditembak Di Luar Masjid New Jersey

Imam sebuah masjid di Newark, New Jersey di Amerika Syarikat dilapor meninggal dunia selepas ditembak, pada Rabu, lapor pihak berkuasa.

Polis berkata, Hassan Sharif, 52, ditembak beberapa kali di luar Masjid Muhammad di Newark dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6 pagi (waktu tempatan).

Hassan kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan dalam keadaan cedera parah.

Menurut CNN, Allahyarham meninggal dunia pada jam 2 petang hari yang sama.

Selain bertugas sebagai iman di masjid berkenaan, Allahyarham juga merupakan Pegawai Keselamatan Pengangkutan (TSO) yang bertugas di Lapangan Terbang Newark Liberty.

Menurut Gabenor Phil Murphy dalam satu kenyataan awal berkata, pihaknya belum mempunyai maklumat berkenaan pelaku dan motif serangan tersebut.

“Namun, pihak berkuasa akan memberi kemas kini yang bersesuaian.

“Saya memberi jaminan kepada komuniti Islam dan komuniti agama lain bahawa kami akan melakukan segalanya untuk melindungi keselamatan semua pihak.

“Lebih-lebih lagi di kejiranan ini dan kawasan sekitar rumah ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Peguam Negara New Jersey, Matthew Platkin berkata, bukti setakat ini tidak menunjukkan serangan tersebut bermotifkan bias ataupun keganasan.

“Siasatan masih berjalan, namun buat masa ini tiada bukti bahawa serangan bermotifkan bias,” katanya.

Sementara itu, Essex County Crime Stopper turut menawarkan ganjaran sebanyak USD25,000 (RM116,000) kepada mana-mana pihak yang berkongsi maklumat sehingga tertangkapnya pelaku.

Konsul Hubungan Amerika-Islam cawangan New Jersey turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu agar melaporkan kepada polis.

“Ketika kami menasihatkan masjid agar terus membuka pintu kepada orang ramai, kami juga menyarankan semua pengendali masjid lebih berhati-hati,” kata Konsul itu.

Menurut Wahy-ud Deen Shareef, Allahyarham merupakan seorang pemimpin dan imam yang progresif.

Allahyarham juga sangat mengambil berat mengenai komuniti dan masjid di bawah jagaannya, Masjid Muhammad.

Masjid berkenaan merupakan masjid tertua di New Jersey.

Rumah ibadah tersebut dianggap sebagai titik kepada perkembangan agama Islam di New Jersey.

BACA: ‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influencer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

Sumber: The New York Times

The post Imam Meninggal Dunia, Ditembak Di Luar Masjid New Jersey appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*