Dua Lelaki Jadi Jutawan Segera, Bijak Ambil Peluang Jual Udara Segar Je

Dua Lelaki Jadi Jutawan Segera, Bijak Ambil Peluang Jual Udara Segar Je

Dua orang usahawan muda, Moses Lam dan Troy Paquette mencetuskan sensasi apabila berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjual udara bersih yang boleh diperolehi di Kanada.

Menurut kedua-dua usahawan yang berasal dari bandar Alberta itu, produk udara segar berjenama Vitality Air yang dikeluarkan syarikat mereka diinspirasikan daripada produk fiksyen, Perri Air dalam filem Spaceballs.

Walau bunyinya tidak masuk akalkedua-dua usahawan tersebut berjaya mengaut keuntungan yang lumayan apabila Vitality Air mencatatkan jualan kira-kira $300,000 (RM1,270,050) setahun.

Produk-produk tersebut dijual secara atas talian dan turut boleh dipasarkan sehingga ke Korea Selatan.

Tidak mahu melepaskan peluang yang tersedia di depan mata, mereka juga merancang untuk meneroka pasaran dunia secara besar-besaran termasuk bekerjasama dengan pengedar dari Eropah. Malah, mereka juga berharap Vitality Air mampu menembusi pasaran India dan China, iaitu dua negara dengan penduduk paling ramai di dunia.

“Kami tidak memiliki kedai di China atau India. Jika ada, kami menjangkakan angka jualan Vitality Air boleh mencecah jutaaan dolar setahun,” kata Lam.

Namun begitu, mereka terpaksa menempuh pelbagai liku memandangkan konsep produk tersebut luar daripada kebiasaan dan ramai pengedar tidak yakin dengan kebolehpasaran Vitality Air.

Memasarkan udara segara dalam tin

Kredit: Vitality Air

Udara-udara yang digunakan oleh Vitality Air diperoleh daripada kawasan-kawasan belum diteroka atau tidak ramai penduduk di Kanada misalnya di kawasan-kawasan tasik serta kawasan pergunungan.

Produk berkenaan dijual pada tanda harga $32 (RM135.47) sebotol dan turut disertakan dengan topeng muka. Kata Lam, produk mereka mempunyai masa depan yang cerah, terutamanya di beberapa buah negara industri utama dunia yang sering tercemar dengan asap-asap kilang.

Misalnya di China, mereka turut mendapat pesanan daripada individu-individu elit dan CEO syarikat gergasi yang mahu menikmati udara segar.

Kredit: Radio-Canada

Menurut Lam lagi, Vitality Air juga sesuai dijadikan sebagai cenderahati yang boleh dibeli oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke Kanada.

BACA: Boleh Buat Cenderahati, Syarikat Ini Jual ‘Udara Segar’, Harga Sebotol Lebih RM400

Sumber: CBC

The post Dua Lelaki Jadi Jutawan Segera, Bijak Ambil Peluang Jual Udara Segar Je appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*