‘Kenapa ramai wanita tak suka lelaki Kelantan? Apa salah kami..?

Portal Kosmo Online menyiarkan laporan bahawa golongan lelaki dari Kelantan meluah rasa hairan mengapa ramai wanita sering mengelak apabila diajak berkenalan selepas memberitahu negeri kelahiran mereka.

Menurut laporan itu, beberapa pengguna Facebook mendakwa, tindakan segelintir wanita itu seolah-olah menggambarkan diri mereka ‘anti-budak Kelantan’.

“Kenapa ramai wanita tak suka budak Kelantan? Aku baru nak ajak berkawan, dengan berlagak dia kata, ‘Maaf, saya tak minat lelaki Kelantan’. Apa salah kami?” kata Syafiq.

Mohd Khairul pula menyenaraikan beberapa alasan yang selalu digunakan golongan wanita dari negeri lain untuk menjauhi kaum lelaki berasal dari Pantai Timur itu.

“Awak asal Kelantan? Maaflah, saya dah ada teman lelaki; Saya tak faham bahasa awak, pelik sangat bunyinya; Lelaki Kelantan ramai ‘buaya’,” katanya.

Di ruangan komen, majoriti netizen lelaki mengakui mereka selalu dipinggirkan oleh kebanyakan wanita.

“Bila kami sembang dengan kawan-kawan Kelantan, mereka (wanita dari negeri lain) kata kami berpuak. Bila kami nak kenal dan ajak berkawan, mereka tak nak dan tak suka pula. Wanita memang pelik,” kata Syahmie.

Bagaimanapun, ada seorang individu tampil menjelaskan, ada beberapa sebab mengapa insiden sedemikian berlaku. Antaranya disebabkan ‘anak mak’.

“Lelaki Kelantan ramai anak mak. Di beberapa negeri masih ada sentimen anak lelaki dilayan dengan baik oleh si ibu berbanding anak perempuan yang kecil-kecil lagi dah kena tolong buat kerja rumah. Sampai dah kerja pn kena tolong wang ringgit.

“Ini menghasilkan lelaki yang tak pandai bekerja, tak pandai mencari duit, tak pandai menjaga isteri, seronok isteri yang berniaga tanggung keluarga,” kata Nurshima.

“Tak sanggup nak berbelas jam balik Kelantan. Dan tak sanggup setiap kali cuti kena balik sana. Tak dapat imagine seksa kalau ada anak kecil, raya kena balik sana. Tambah lagi balik kampung, air tak ada atau air kotor. Lepas tu kena bercampur dengan saudara mara, tak faham kecek gapo. Nanti anak kena paksa beranak kat Kelantan juga,” kata Anonymous.

Walaupun begitu, ada yang berpendapat bukannya semua lelaki Kelantan seperti itu. Ada kebanyakannya yang baik. Dalam masa yang sama, usahlah terlalu membenci kerana silap haribulan yang dibenci itulah yang akan menjadi suami.

“Jangan benci sangat, takut yang kita benci tu la jadi laki nanti. Kawan-kawan sekolah saya dulu pun alergik sangat dengan orang Kelantan. Sekali diorang berkahwin.

“Itu yang perempuan. Ada yang kawan lelaki pun ada kata tak nak orang Kelantan. Sekali bini dia orang kelantan. Paling tak boleh blah, sekarang dia pun manjang update status Facebook dalam bahasa Kelantan. Hahaha!” kata Suchi.

BACA: Lelaki dakwa pernah berkahwin dengan 53 wanita untuk cari ketenangan

Sumber berita: Kosmo OnlineForum Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*