Lelaki Bunuh Tujuh Ahli Keluarga Sebelum Tembak Diri Sendiri

Lapan sekeluarga ditemui maut akibat ditembak di dalam sebuah rumah di kawasan luar bandar di Enoch City, Utah, Rabu lalu.

Lelaki 42 tahun

Menurut pihak polis, mereka menemui mayat-mayat berkenaan semasa melakukan pemeriksaan kebajikan di kawasan hartanah di sekitar selatan Salt Lake City. Malah, polis turut mengesahkan identiti mangsa yang terlibat termasuklah seorang isteri, lima orang anaknya bersama ibu mentuanya.

Dalam pada itu, ketika sidang akhbar semalam (Khamis), pegawai bertugas memaklumkan, suspek, Michael Haight yang berusia 42 tahun telah melepaskan tembakan ke arah isterinya, Tausha, 40, ibu mentuanya, Gail Earl, 78, beserta lima anaknya sebelum dia menembak diri sendiri.

Difahamkan, lima kanak-kanak itu, termasuk tiga orang perempuan yang berusia 7, 12 dan 17, manakala dua orang lelaki berusia 4 dan 7 tahun.

Di samping itu, Pengurus Enoch City, Rob Dotson memberitahu, mayat mangsa ditemui oleh polis kira-kira jam 4 petang waktu tempatan pada Rabu, selepas seorang individu melaporkan bahawa isteri kepada lelaki terbabit telah terlepas satu temu janji yang dijadualkan.

Turut disahkan, bahawa si isteri telah memfailkan penceraian pada 21 Disember lalu, seperti yang pernah dilaporkan oleh The Associated Press.

Sumber: BBC

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*