Kenapa Tak boleh Isi Penuh Tangki Air Kereta? Ini Sebabnya

tangki air kereta

Kenapa Tak boleh Isi Penuh Tangki Air Kereta? Ini Sebabnya

Seperti yang diketahui, setiap kenderaan berenjin seperti kereta memerlukan cecair misalnya minyak dan air untuk memastikan kelancaran perjalanan.

Setiap tangki yang terbina di dalam kenderaan ini telah mempunyai sukatan yang ditetapkan. Antara tangki yang biasa anda temui adalah minyak power steering, minyak brek, air radiator dan air bateri.

Pun begitu, masih ramai yang sudah terbiasa meletakkan jenis-jenis cecair ini sehingga penuh tangki. Tahukah anda, sebenarnya amalan ini tidak baik untuk kesihatan kenderaan dalam jangka masa panjang.

Apa yang akan berlaku kalau isi penuh tangki? Nak tahu dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Pak Wee di bawah.

4 Tangki Ni Jangan Isi Sampai Penuh Pada Kereta

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh @pakwee__oe di TikTok menjelaskan mengapa kesemua tangki ini tidak boleh diisi pada paras penuh kerana ia mempunyai pergerakan cecair.

Minyak Brek 

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Bagi tangki minyak brek, sekiranya brake pad haus, paras minyak brek akan menurun. Jika brake pad ditukar baru, ia akan kembali pada paras normal (meningkat).

Oleh itu, sekiranya minyak brek diisi sehingga penuh, minyak di dalam tangki berkemungkinan akan melimpah setelah brake pad baru ditukar.

Air Radiator

Gambar: TikTok @pakwee_oe

Kenapa air dalam tangki radiator tak boleh diisi penuh? Jawapanya mudah sahaja.

Apabila kereta berada dalam keadaan panas, paras air akan meningkat. Sehubungan itu, jika air diisi sehingga penuh tangki, ia akan melimpah keluar dari tangki.

BACA JUGA: Tak Perlu Pergi Bengkel, Abang Ni Tunjuk Cara Tukar Sendiri “Wiper” Kereta 

Minyak Power Steering

kenapa air dalam tangki isi penuh
Gambar: TikTok @pakwee_oe

Situasi yang hampir serupa, sekiranya cecair minyak ini dimasukkan berlebihan dari yang sepatutnya, minyak akan terkeluar.

Hal ini kerana sewaktu kereta dihidupkan, minyak akan bergerak ketika steering kereta diputarkan sama ada kiri atau kanan.

Air Bateri

kenapa air dalam tangki isi penuh
Gambar: TikTok @pakwee_oe

Sewaktu tangki bateri sedang di cas, air bateri pada bahagian dalam akan menggeledak. Oleh itu, sekiranya ia diisi pada paras penuh, cecair itu akan keluar pada bahagian lubang-lubang kecil.

Perkara ini boleh memberikan kesan termasuk merosakkan kepala-kepala bateri dan barangan besi lain.

Semoga bermanfaat!

 

@pakwee_oe

Kenapa air tangki tak boleh isi penuh?😨 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #longervideos #longervideosontiktok #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #knowlage #tips #tipskereta #MALAYSIAN

♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah – PakWee@DTinz_BatuGajah

Sumber: TikTok @pakwee__oe

The post Kenapa Tak boleh Isi Penuh Tangki Air Kereta? Ini Sebabnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*