Smart Hydrobike Di Melaka, Ciptaan Pelajar Dan Pensyarah UTeM

Smart Hydrobike Di Melaka, Ciptaan Pelajar Dan Pensyarah UTeM

Kebiasaannya, aktiviti riadah yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah berjoging, berbasikal, mendaki gunung, berkelah dan banyak lagi.

Aktiviti riadah pula dilakukan pada hari minggu ataupun ketika anda mempunyai kelapangan. Ia bertujuan untuk menghilangkan tekanan serta menyihatkan tubuh badan anda.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu aktiviti riadah yang terbaru di Melaka? Aktiviti itu menggunakan Smart Hydrobike. Apa pula Smart Hydrobike ini? Perkongsian daripada BFM News melalui platform X akan menjelaskannya.

Smart Hydrobike Melaka

Melaka telah memperkenalkan Smart Hydrobike bagi tujuan untuk memastikan kebersihan Sungai Melaka.

Menurut Profesor Madya Dr Sabri Sharif dari Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), “Selain daripada aktiviti riadah, basikal ini akan membantu untuk membersihkan sampah yang terapung di permukaan air,”

Selain itu, menurutnya juga, Smart Hydrobike ini merupakan sebuah inovasi daripada pensyarah-pensyarah dan para pelajar di UTeM. Pelaksanaan basikal ini telah mengambil masa selama dua bulan.

Ia juga merupakan kolaborasi antara UTeM bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Smart Hydrobike ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti sebuah peranti untuk menjejak lokasi basikal itu.

“Ia bertujuan untuk mengumpulkan data berdasarkan Internet of Things (IoT),” kata Dr Sabri.

Tambahnya lagi, pihak UTeM sedang mengeluarkan 10 buah Smart Hydrobike dan enam buah daripadanya akan diberikan kepada PPSPM.

Selain itu, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka iaitu Datuk Fairul Nizam Roslam mengucapkan tahniah kepada pihak UTeM dan PPSPM.

“Usaha mereka telah menambahkan lagi usaha untuk menceriakan dan membersihan sungai kita,” kata Datuk Fairul.

Beliau menambah, “Kos penciptaan Smart Hydrobike ini menggunakan kos sebanyak RM3,000 hingga RM5,000. Sudah pasti pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai akan membuat kajian menyeluruh sekiranya untuk menambah lagi unit Smart Hydrobike ini di Sungai Melaka,”

Beliau turut berkata bahawa Smart Hydrobike berkemungkinan untuk menjadi kemudahan atau kenderaan baharu di Sungai Melaka selain daripada Smart River Cruise Melaka yang boleh digunakan oleh para pelancong untuk menyusuri Sungai Melaka.

Sumber: BFM News

BACA JUGA: Kesan Penderaan Kanak-Kanak, Menjejaskan Tumbesaran, Fizikal Dan Mental

The post Smart Hydrobike Di Melaka, Ciptaan Pelajar Dan Pensyarah UTeM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*