Lelaki Maut Ditembak, Anjing Peliharaan Tak Sengaja Terpijak Picu Senapang

Anjing Peliharaan Tak Sengaja Terpijak Picu Senapang

Lelaki Maut Ditembak, Anjing Peliharaan Tak Sengaja Terpijak Picu Senapang

Seekor anjing secara tidak sengaja dilaporkan telah menembak dan membunuh seorang lelaki selepas terpijak picu senapang yang diletakkan di tempat duduk belakang sebuah trak pikap dalam kejadian di Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.

Berdasarkan laporan AFP, polis negeri Kansas memberitahu bahawa mangsa sewaktu kejadian berada di tempat duduk penumpang hadapan trak.

Mangsa telah ditembak di bahagian belakang ketika dia dan haiwan peliharaannya itu keluar melakukan aktiviti berburu pada Sabtu lalu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Seekor anjing milik pemilik trak pikap itu terpijak senapang, menyebabkan tembakan dilepaskan melalui senjata tersebut. Tembakan yang dilepaskan itu mengenai penumpang sebelum maut di tempat kejadian,” kata pejabat Syerif Daerah Sumner.

“Siasatan sedang dijalankan, namun siasatan awal mendapati ia adalah kemalangan berkaitan pemburuan,” tambah pejabat syerif dalam satu kenyataan berasingan.

Namun begitu, pegawai itu tidak menyatakan sama ada lelaki berusia 30 tahun yang mati itu adalah pemilik kepada anjing berkenaan.

Tembakan secara tidak sengaja adalah perkara biasa di Amerika Syarikat, sebuah negara yang mempunyai lebih banyak senjata daripada rakyatnya.

Menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, lebih 500 orang maut dalam kemalangan babitkan senjata api pada 2021 lalu.

Sumber: AFP

The post Lelaki Maut Ditembak, Anjing Peliharaan Tak Sengaja Terpijak Picu Senapang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*