Kenyataan Hadi Awang Dilarang Ke Arab Saudi Adalah Palsu – PAS

hadi awang dilarang ke arab saudi

Kenyataan Hadi Awang Dilarang Ke Arab Saudi Adalah Palsu – PAS

Satu kenyataan rasmi yang mendakwa Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Datuk Abdul Hadi Awang dilarang untuk memasuki Arab Saudi adalah palsu.

Demikian penegasan parti itu rentetan kenyataan tersebut tular di media sosial sejak semalam dan dipercayai menjadi ‘modal’ politik oleh sesetengah pihak.

“Palsu!

“Ini adalah bukti pihak mereka sudah ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) kali ini,” tegas PAS.

PAS melontar penjelasan tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi pada semalam, beserta sekeping gambar ‘kenyataan rasmi’ itu.

Difahamkan, PAS menjelaskan terdapat dua ‘tanda’ yang membuktikan bahawa kenyataan tular tersebut adalah palsu, iaitu pada sistem tarikh dan jawatan Abdul Hadi.

“Fakta, (pertama) kenyataan rasmi Arab Saudi menggunakan tahun Hijrah, bukan Masihi.

“(Kedua) Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS bukan lagi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia.

“Ayuh bersama Perikatan Nasional (PN), kita lenyapkan budaya politik yang rendah akal budi seperti ini dan kita bina negara yang bersih dan stabil!” tambah hantaran itu.

Merujuk konteks ‘kenyataan rasmi’ tersebut, ia memaparkan pengumuman yang mendakwa Abdul Hadi dilarang untuk memasuki Arab Saudi atas beberapa sebab.

Antara sebab yang dinyatakan adalah Abdul Hadi didakwa membawa ideologi ekstrem, selain turut didakwa terlibat dengan fahaman gerakan syiah.

Gambar: FB PAS

 

 

Sumber: FB Parti Islam Se-Malaysia

The post Kenyataan Hadi Awang Dilarang Ke Arab Saudi Adalah Palsu – PAS appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*