“Aku Memang Down Sangat,” Penganjur Konsert Muse Luah, Kena “Anxiety” Sebab “Show Delay”

Penganjur konsert Muse anxiety

“Aku Memang Down Sangat,” Penganjur Konsert Muse Luah, Kena “Anxiety” Sebab “Show Delay”

Pada 29 Julai lalu Stadium Nasional Bukit Jalil digamatkan dengan konsert Muse: Will Of The People World Tour 2023.

Kejayaan konsert itu telah membuatkan ramai peminat kumpulan rock tersebut berpuas hati dengan persembahan bertenaga yang disajikan oleh kumpulan berkenaan.

Namun setiap apa yang dirancang tidak semestinya akan berjalan dengan lancar. Begitulah yang terjadi semasa konsert tersebut berlangsung apabila berlaku kelewatan selama sejam sebelum ia bermula.

Ekoran kejadian itu, salah seorang penganjur atau orang kuat di sebalik kejayaan konsert berkenaan berkongsikan coretannya berkenaan konsert itu serta usaha kerasnya sebelum berjaya membawa Muse ke Malaysia.

Adam Ashraf atau nama Facebook Adam Ashraf Kingsman berkongsi coretan itu dari awal perancangan untuk membawa Muse sehinggalah isu kelewatan yang terjadi.

Beliau juga turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat langsung merasai serta menikmati konsert tersebut biarpun dirinya sendiri meminati kumpulan tersebut.

Namun bagi menjamin kepuasan peminat-peminat yang hadir ke konsert itu, beliau tetap meneruskan tugasnya demi memastikan kepuasan peminat terjamin.

Mari kita ikuti coretan daripada Adam Ashraf tersebut.

Masa sebelum aku bukak HELLO UNIVERSE. Aku cakap dekat semua yang konsert paling aku nak buat adalah MUSE. Sebab abang aku Najib memang minat MUSE, dan dia ajar aku lagu HYSTERIA masa aku kecik dulu.

So, ni mcm hadiah untuk dia. Siapa pernah sangka, aku main selamba redah London dengan partner aku Ryz dan tiba-tiba macam tak percaya sebuah company cap ayam macam aku ni boleh diberi peluang untuk organize sesuatu yang tak terpikir dek akal.

Aku agak takut la jugak sebab sebelum ni aku banyak bantu handle konsert-konsert kecil je. Aku pun balik London jumpa sahabat sejati aku Mirun and Pawang dan dia pun antara orang yang suruh bawak MUSE dan begitu je terjadinya plan tu sekelip mata.

Lima bulan bertungkus lumus membentuk pasukan untuk bawa Muse

Lima bulan aku dan team HELLO UNIVERSE terutama Fuza dan Ryz struggle membentuk team, banyak gila halangan dan rintangan. Memang susah nak mati buat benda ni apatah lagi semua ni kami buat dari scratch tanpa bantuan sesiapa.

Kami bentuk 1 team yang memang fresh sebab kami nak create team kami sendiri dan kami nak sama-sama belajar menjadikan konsert ni gah. Dan aku nak betul-betul make sure yang semua penonton puas hati.

Tibalah masa nya, hari yang aku nantikan dan yang aku risaukan pada 29hb July. Sebelum tu banyak gila benda jadi, ada banyak benda yang kami terpaksa diamkan demi menjadikan impian aku organise MUSE tercapai.

Aku kesana kesini make sure semua department yang aku dah appoint on point dalam melakukan kerja. Aku sendiri turun padang, sebab tu korang banyak tengok aku kesana kesini. So, bila jam 8.30 tak start, aku dapat call sana sini non stop tanya aku what happens.

Aku berlari kesana kesini untuk pastikan semuanya ok. Then found out ada something going on dan aku cuba selesaikan. Dan slowly semuanya settle dan aku memang tak boleh nak announce or bagi tahu sebab memang 30 minit sebelum, semuanya harus diserahkan pada mereka dan kami dah tiada power untuk berada disitu.

Lewat disebabkan oleh beberapa isu

Jam 9.10 aku dah start risau bila tak start lagi. Anxiety aku sampai sehingga aku duduk dekat bilik medic, Hairul dan Iya kawan aku temankan aku. Aku memang dah down yang sangat. 9.20 Hairul masuk bilik dan cakap “ADAM MUSE DAH PERFORM” aku punya level lega tuhan je tahu.

Dan untuk pengetahuan korang, dari start MUSE SEHINGGA AKHIR aku langsung tak dapat tengok band idaman aku beraksi kerana aku berada dibilik medic. Yer aku sedih, nangis, kecewa semua ada sebab aku tunggu moment nak tengok MUSE DEPAN MATA AKU TAK KESAMPAIAN.

Aku langsung tak dapat berjumpa MATT dan yang lain-lain walaupun aku sendiri organise. Segala usaha 5 bulan aku sia-sia sebab aku tak dapat tengok hasilnya. Sebab aku tiada 1 gambar pun bersama mereka. Dan harini aku kena cari video di TikTok, Twitter dan Facebook untuk tengok performance dorang semula. Kalau korang ada video cantik-cantik korang bagi la aku.

BACA: Muse Gamatkan Stadium Bukit Jalil, Puaskan Hati Ribuan Peminat

Aku minta maaf kerana kerana kelewatan tapi aku berbangga dan berterima kasih pada team HELLO UNIVERSE kerana kebanyakannya semua puji sound dan setup.

Dan aku bangga menjadi sebahagian dari sejarah dan memori dan hopefully one day aku diberikan kesempatan lagi untuk tengok MUSE depan mata aku. Dan hopefully korang tak serik dengan kami dan kami akan cuba perbaiki kelemahan kami. Sampai jumpa lagi.

Begitulah sedikit sebanyak coretan dari Adam berkenaan bagaimana konsert Muse akhirnya berjaya dijalankan.

Sumber: Facebook/Adam Ashraf Kingsman

The post “Aku Memang Down Sangat,” Penganjur Konsert Muse Luah, Kena “Anxiety” Sebab “Show Delay” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*