Kepala Retak Terkena Benda Tumpul Punca Kematian Bella – Polis

punca kematian bella

Kepala Retak Terkena Benda Tumpul Punca Kematian Bella – Polis

Punca kematian ibu tunggal Mila Sharmilah Samsusah atau Bella, 32, yang hilang sejak 14 Dis lepas adalah disebabkan keretakan di bahagian kepala yang terkena benda tumpul, lapor Bernama.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa motif pembunuhan Bella dipercayai kerana cemburu dan motif tersebut mendorong kepada siasatan lanjut.

“Motif pembunuhan Bella ini adalah mungkin cemburu, macam saya cakap sebelum ni di Kuala Lumpur, kes bunuh ini mesti mempunyai motif.

“Daripada motif tersebutlah, kita akan memulakan (siasatan) di situ, dapat bayangan ke arah motif. Inilah motif (pembunuhan Bella) yang kita dapat tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, pada Rabu.

BACA: Keluarga Bella Zahir Ucapan Terima Kasih Atas Komitmen Polis

Difahamkan juga, suspek kes pembunuhan Bella telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

Sementara itu, beliau juga menafikan dakwaan di media sosial bahawa polis seolah-olah memberi “layanan mesra” kepada suspek dalam siasatan kes itu.

Jelasnya, itu adalah kali pertama suspek utama ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

Namun, Razarudin berkata setelah keterangan diambil, suspek diberi jaminan polis kerana pihaknya mendapati tidak cukup bukti dan selepas terdapat bukti-bukti dan keterangan baharu, pihaknya menahan suspek sekali lagi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Bukti-bukti dan keterangan (baharu) membolehkan kita menangkap dan siasatan seterusnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. Bukan kata kita bebaskan sebab hendak bagi peluang dia pergi umrah, tidak,” ujarnya.

Pagi tadi,  seorang posmen yang merupakan teman lelaki kepada Bella, yang berusia 25, didakwa membunuh ibu kepada dua anak itu, antara 11 Malam 14 Dis sehingga 5.20 pagi, 15 Dis lepas.

Sumber: BERNAMA

The post Kepala Retak Terkena Benda Tumpul Punca Kematian Bella – Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*