Tangan Tak Duduk Diam, Pengantin Main Kompang Untuk Diri Sendiri

Tangan Tak Duduk Diam, Pengantin Main Kompang Untuk Diri Sendiri

Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang digemari oleh kebanyakan orang. Maklumlah, dapat makan nasi minyak yang sedap serta ada bermacam lauk-pauk untuk dimakan.

Selain itu, di majlis perkahwinan ini jugalah orang ramai dapat berjumpa dengan kenalan mereka, bertemu dengan ahli keluarga yang lain dan berkenalan dengan orang baru.

Ketika majlis sedang berlangsung, sudah tentulah ada pelbagai telatah yang boleh dilihat. Telatah kanak-kanak bermain kejar-kejar atau cuba mendapatkan ais krim percuma yang dihidangkan seberapa banyak yang mungkin, golongan makcik-makcik yang sedang membawang dan banyak lagi.

Sudah tentulah pasangan pengantin yang diraikan juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan gelagat masing-masing. Contohnya seperti seorang pengantin lelaki ini yang bermain kompang sendiri.

Tangan Tak Duduk Diam, Minta Ambilkan Kompang

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh pempengaruh, Dd chronicle di platform TikTok telah tular apabila ia menunjukkan gelagat seorang pengantin lelaki yang tidak duduk diam ketika berada di atas pelamin.

Menerusi video itu, kedengaran bunyi paluan kompang dan tangan pengantin lelaki itu tidak henti-henti menepuk bantal yang dipegangnya.

Kesudahannya, dia kelihatan seperti meminta seorang wanita untuk mengambilkan kompang untuknya. Selepas itu dengan wajah selamba, dia mula bermain kompang bersama pemain kompang yang lain.

Dari tangannya menepuk bantal mengikut rentak, sehinggalah dia diberikan kompang untuk dimainkan, gelagatnya itu mencuit hati orang ramai yang telah menonton video tersebut.

Video itu juga menunjukkan dengan jelas betapa excited pengantin terbabit apabila dia dapat bermain kompang.

Dengan penuh selamba dan bersemangat, dia mainkan kompang sambil pasangannya duduk di sebelahnya dengan tenang.

Selepas memberi peluang untuk lelaki itu bermain kompang untuk seketika, kompang itu telah diambil. Kemudian, lelaki itu kembali duduk dengan tertib di atas pelaminnya.

Itulah antara gelagat pengantin yang boleh dilihat dalam majlis perkahwinan. Itu belum lagi pengantin perempuan yang bersilat seperti yang pernah tular sebelum ini.

Patutlah majlis-majlis ini tidak pernah membosankan.

@dd_chronicle

Bila kau dah biasa dengan benda yang selalu kau buat… #fyp #fypシ

♬ original sound – DdChronicle – DdChronicle

Sumber: DdChronicle via TikTok

BACA JUGA: Ini Reaksi Orang Jepun Tengok Mechamato Movie ‘Japanese Dub’

The post Tangan Tak Duduk Diam, Pengantin Main Kompang Untuk Diri Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*