Penyandang DUN Jeram, Mohd Shaid Rosli Tarik Diri Dari Bertandin PRN

mohd shaid rosli dun jeram

Penyandang DUN Jeram, Mohd Shaid Rosli Tarik Diri Dari Bertandin PRN

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli telah menarik diri daripada bertanding kerusi yang sama dalam PRN akan datang.

Jelas Mohd Shaid, keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas pemimpin PEJUANG telah menasihatkan beliau agar tidak bertanding.

“Saya datang ke Langkawi kerana mahu mendapatkan restu Tun untuk bertanding di DUN Jeram, namun saya dinasihatkan sabar demi penyatuan orang Melayu dan mempunyai agenda lebih besar termasuk menyelamatkan tanah air ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan, beliau memohon maaf dan berterima kasih kepada penyokongnya yang hadir di semasa proses penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

“Saya berprinsip terus kekal setia dan taat kepada nasihat Tun (Mahathir), selain itu, berdoa akan ada peluang pada masa akan datang untuk berkhidmat kepada rakyat DUN Jeram,” ujarnya.

Sebelum itu, wakilnya iaitu Suhaila Hamil Shah kelihatan telah  hadir ke Pusat Penamaan DUN Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Jelas Suhaila, beliau hadir sebagai wakil Mohd Shaid yang ingin mempertahankan kerusi DUN Jeram dengan menggunakan tiket bebas.

“YB (Mohd Shaid) berada di luar kawasan, jadi saya wakil beliau hari ini untuk hantar borang. YB akan bertanding atas tiket bebas,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan DUN Kuala Selangor, hari ini.

Sungguhpun begitu, Suhaila yang telah diiringi dua orang lelaki telah meninggalkan pusat penamaan berkenaan sekitar 10 pagi tadi.

Mereka telah beredar tanpa menghantar borang pencalonan di pusat penamaan calon berkenaan.

Susulan itu, kerusi DUN Jeram sah ditandingi Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang bakal menentang bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pernah bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Selangor semasa PRU15 November lepas

Untuk makluman, Mohd Shaid pernah bertanding di Parlimen Kuala Selangor atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.

Namun begitu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,002 undi.

Terdahulu, Mohd Shaid dilaporkan telah menggesa pihak PN membenarkannya mempertahankan kerusi DUN Jeram atas tiket gabungan parti politik tersebut.

Pada Februari lalu, beliau telah meninggalkan Pejuang serta yakin dapat memberikan tentangan sengit terhadap Datuk Jahaya Ibrahim, calon dari BN.

Sebagai rekod, kerusi DUN Jeram pada PRU-14 sebelum ini telah dimenangi Mohd Shaid dengan memperoleh 7,087 undi.

Beliau telah menumpaskan calon BN, Zahar Azlan Arifin dan calon PAS Mohd Nor Mohd Shahar yang masing-masing memperolehi 5,896 dan 4,326 undi.

BACA: Tak Payah ‘Beli’, Chef Kongsi Resepi Macam Mana Nak Buat Sendiri “Donut Peach Viral” Gebu

Sumber: Sinar Harian

The post Penyandang DUN Jeram, Mohd Shaid Rosli Tarik Diri Dari Bertandin PRN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*