Keputusan Tidak Rasmi Papar Prabowo-Gibran Mendahului Lawan

keputusan tidak rasmi prabowo

Keputusan Tidak Rasmi Papar Prabowo-Gibran Mendahului Lawan

Hasil keputusan tidak rasmi menunjukkan gandingan dari gabungan parti politik, Koalisi Indonesia Maju iaitu Prabowo-Gibran berada di landasan kemenangan, lapor BBC.

Menurut BBC News Indonesia, hasil pengiraan undi pantas (quick count) sehingga hari ini menunjukkan gandingan ini telah mendahului dengan peratusan undi melebihi 50 peratus.

Agensi berita berkenaan telah berkerjasama dengan tiga badan bagi mengumpulkan hasil pengiraan undi pantas setakat ini.

hasil cepat Pilpres

Selain itu, hasil pengiraan undi tidak rasmi yang dilakukan oleh beberapa badan lain turut menunjukkan hasil yang serupa.  Kebanyakan badan menunjukkan gandingan Prabowo-Gibran mendominasi suara rakyat melebihi 50 peratus.

Pada malam Rabu, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming telah tampil di hadapan penyokongnya bagi menyambut keputusan undi pantas (quick count) yang menyebelahi pihaknya setakat ini.

“Pengiraan undi tidak rasmi bagi semua badan tinjauan termasuk institusi dalam setiap pasangan calon yang lain menunjukkan pasangan calon Prabowo-Gibran menang dalam satu pusingan,” kata Prabowo.

Manakala, dua pasangan pesaingnya, Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar dan Ganjar Pranowo-Mahfud MD sama-sama akan menunggu hasil rasmi yang bakal dikeluarkan Komisi Pemilihan Umum (KPU).

Mereka enggan mengulas berkenaan keputusan kiraan undi pantas dan ucapan kemenangan Prabowo Subianto yang disifatkan tidak rasmi.

Sungguhpun begitu, Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2017 berkenaan pilihan raya umum memperuntukkan bahawa Pemilu Presiden (Pilpres) boleh dijalankan dalam satu pusingan sahaja, jika salah satu pasangan calon memperoleh undi melebihi 10 peratus.

Selain itu, pasangan calon berkenaan juga perlu meraih sekurang-kurangnya 20 peratus undi di 20 daripada 38 provinsi di Indonesia.

Bilakah keputusan Pemilu 2024 akan diumumkan secara rasmi?

Hasil kiraan undian pantas bukanlah keputusan rasmi bagi menentukan kemenangan bagi kerusi yang dipertandingkan sewaktu Pemilu 2024.

Pada masa yang sama, Komisi Pemilihan Umum (KPU) telah melakukan sesi kiraan semula atau real count bagi setiap undian rakyat Indonesia bermula malam semalam.

Berdasarkan laman KPU, hasil real count setakat ini menunjukkan gandingan Prabowo-Gibran masih di hadapan, dengan meraih undi melebihi 50 peratus.

real count sementara KPU

Sungguhpun begitu, KPU menjelaskan bahawa keputusan rasmi bagi pilihan raya ini akan diumumkan selewat-lewatnya 35 hari dari hari pengundian.

Perkara ini adalah selaras dengan Perkara 413 Undang-Undang Nombor 7 Tahun 2017 berkenaan pilihan raya umum di Indonesia.

“Undang-Undang Pemilu memberikan arahan kepada KPU untuk mengeluarkan keputusan rasmi selewat-lewatnya 35 hari,” kata Pesuruhjaya KPU, Idham Holik kepada wartawan di bangunan KPU di Jakarta pada tengahari semalam.

Hal ini kerana, keputusan rasmi bagi Pemilu Indonesia 2024 masih perlu dikira semula dan ditentukan secara berperingkat.

Berdasarkan jadual yang ditetapkan KPU, sesi kiraan semula undi telah bermula pada tarikh 15 Februari sehingga 20 Mac 2024.

BACA: Unik, Rakyat Indonesia Mengundi Pakai Paku & Bukannya Pen

Sumber: BBC News Indonesia

The post Keputusan Tidak Rasmi Papar Prabowo-Gibran Mendahului Lawan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*