Wanita melecur beg pakaian terbakar

KUALA KANGSAR – Seorang wanita melecur di muka dan lengan selepas beg pakaiannya terbakar dalam kejadian di Kompleks Perumahan PDRM Kuala Kangsar di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, sepasukan 15 anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 4.35 petang.

Katanya, kebakaran hanya melibatkan beg pakaian bimbit dan tidak melibatkan struktur rumah.

“Ketika anggota tiba di lokasi kejadian, api telah pun dipadamkan oleh orang awam. Seorang wanita berusia 40 tahun didapati melecur kira-kira 15 peratus di muka dan lengan, mangsa segera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain susulan kebakaran berkenaan dan operasi tamat pada pukul 5.28 petang. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita melecur beg pakaian terbakar appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*