Kerajaan Sedia Bantu Keluarga Muhamad Hafiz – Steven Sim

Keluarga Muhamad Hafiz Steven Sim

Kerajaan Sedia Bantu Keluarga Muhamad Hafiz – Steven Sim

SUNGAI PETANI, 19 Ogos (Bernama) — Kerajaan bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam, Selangor bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

“Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, saya sudah beritahu bapa mangsa (Muhamad Salleh Othman, 57) boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan.

“Hari ini pun saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas pengkebumian jenazah Allahyarham Muhammad Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung di sini hari ini.

Jenazah sebelum itu disolatkan di masjid berkenaan tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut yang diimamkan Bilal 1 Masjid Al Huda, Izzuddin Ariffin.

Kira-kira 1,000 penduduk, kenalan dan saudara-mara serta masyarakat setempat memenuhi kawasan tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sidam Bau Wong Bau Ek.

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan 10 individu termasuk lapan penumpang dan kru pesawat selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.

BACA: Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

Sumber: Bernama

The post Kerajaan Sedia Bantu Keluarga Muhamad Hafiz – Steven Sim appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*