Sekali Pakai Terus Tertambat, Inspirasi Wanita Berkecimpung Dalam Perniagaan Inai

wanita perniagaan inai

Sekali Pakai Terus Tertambat, Inspirasi Wanita Berkecimpung Dalam Perniagaan Inai

Inai atau henna merupakan sejenis tumbuhan yang digunakan untuk memberikan warna terhadap beberapa anggota badan manusia. Pemakaian inai ini biasanya lazim bagi golongan wanita dan dipakai pada bahagian kuku dan rambut.

Siapa sangka, inai ini boleh dijadikan sebagai satu perniagaan yang memberi pulangan yang menguntungkan. Dalam segmen ‘Ini Kisah Aku’ kali ini, Siakap Keli telah menembual seorang wanita muda yang sedang giat dalam perniagaan inai.

Arissa Nadiah, seorang wanita yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang penjawat awam di Putrajaya. Beliau merupakan lepasan Universiti Islam Selangor (UIS) bagi jurusan Al-Qur’an dan al – Sunnah dengan Komunikasi.

arisaa inai
Kredit: Siakap Keli

Dalam kesibukannya rutin hariannya sebagai penjawat awam, beliau turut mencari pendapatan sampingan menerusi perniagaan inainya yang telah dimulakan sejak dirinya menamatkan pengajian di bangku sekolah lagi.

Minatnya terhadap inai cetus idea untuk jana pendapatan

Menariknya, motif asal perniagaan kecil-kecilan ini hanya dijalankan secara ‘suka-suka’. Arissa yang merupakan seorang pengguna tegar inai telah menggunakan satu jenama inai segera dan siapa sangka, sekali pakai terus rasa tertambat.

Disebabkan hatinya telah terpaut dengan jenama inai ini, wanita muda membuat keputusan untuk berkongsi kegembiraannya, beliau membuat keputusan untuk menjual inai di bawah jenama tersebut.

Senang cerita, Arissa telah menjadikan dirinya sebagai ‘living testimony’ bagi membantunya untuk memahami dan menjual produk yang dijual dengan lebih baik.

Jika tertanya mengenai tahap kecintaan terhadap inai, Arissa sememangnya menjawab soalan ini dengan perasaan sukanya yang tidak terbelah bahagi.

“Sebab saya memulakan bisnes adalah saya sendiri merupakan peminat tegar inai. Bila setiap tahun, raya je kena cari inai,”

Bagi Arissa, hari raya seakan tidak lengkap tanpa kehadiran rona-rona merah inai di jarinya.

Jika difikirkan secara praktikal, inai yang dibuat secara konvesional sangat leceh dan memerlukan pelbagai langkah. Bukan itu sahaja, cara penyediaan dan memakainya juga sangat memakan masa.

Maka, masalah-masalah ini sering memberikan halangan kepada peminat inai untuk memakai inai pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Oleh sebab itu, inovasi inai segera ini disifatkan satu penyelamat bagi golongan pencinta inai agar mereka masih dapat mengenakan inai pada rambut dan kuku mereka, dengan masa yang lebih mudah.

Dari situlah, Arissa sedar bahawa permintaan terhadap produk inai segera ini mula mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.

arisaa inai ini kisah aku perniagaan wanita
Kredit: Siakap Keli

Ingin sebar kebaikan inai kepada orang ramai

Sehubungan itu, wanita muda ini mahu lebih ramai orang di luar sana dapat memperoleh manfaat dan kebaikan daripada inai.

“Arissa dulu pakai inai untuk merawat masalah kuku yang rapuh,” jelasnya.

Apabila sudah memakai dalam jangka masa yang lama, beliau sedar bahawa inai bukan sekadar hiasan manis di jari yang sinonim untuk hari-hari tertentu sahaja.

Jelasnya, inai boleh meningkatkan tahap keyakinan penggunanya dengan memberikan nafas baharu pada anggota badannya seperti kuku dan rambut.

Selain inai, Arissa juga menjual serum kuku bagi membantu pelanggannya untuk mendapatkan kuku yang lebih sihat.

arisaa inai ini kisah aku perniagaan wanita
Kredit: Siakap Keli

Menarik bukan, kisah di sebalik perniagaan inai Arissa? Namun, perniagaan inai ini bukanlah mudah seperti yang di sangka. Terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui wanita ini ketika berkecimpung dalam perniagaan ini dalam lingkungan empat tahun.

Selain itu, komitmen yang sebagai seorang yang memiliki pekerjaan tetap perlu dipatuhi, menjadikan masanya begitu terhad dan sudah semestinya, kudratnya tidak juga terkecuali.

Namun, di sebalik kesukaran dan ranjau yang ditempuhinya, ada insan-insan tersayang yang memberikan sokongan moral untuk membantu Arissa terus berdiri setiap hari.

Lebih menyentuh perasaan, kasih sayang bapanya yang tidak berbelah bahagi telah menjadi satu denyut nadi penting dalam perniagaan. Untuk mengetahui kisah Arissa dengan lebih lanjut, anda boleh saksikan video di bawah:

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat inai dari Arissa, anda boleh menghubunginya menerusi akaun Instagram (@inairepublicsepang). 

BACA: Kelajuan Maksimum Cecah 840 kmj, Ini Fakta-fakta Mengenai Pesawat Beechcraft Premier 1

The post Sekali Pakai Terus Tertambat, Inspirasi Wanita Berkecimpung Dalam Perniagaan Inai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*