Kereta Putus Dua, Penyelia Dewan Makan Maktab Mahmud Maut Dalam Kemalangan

kereta putus penyelia maut

Kereta Putus Dua, Penyelia Dewan Makan Maktab Mahmud Maut Dalam Kemalangan

BALING —  Seorang wanita dilapor maut selepas sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dipandunya terputus dua dalam satu kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semalam.

Memetik Astro Awani, kejadian berlaku di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil.

Difahamkan, mangsa, 37, yang merupakan penyelia dewan makan Maktab Mahmud Baling meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, pada jam 5 petang, pihaknya menerima info mengenai kemalangan dua kenderaan tersebut.

Kata Shamsudin, seorang lelaki berusia 57 tahun memandu trak pikap berkenaan bersama seorang penunpang wanita berumur 54 tahun.

Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta mereka dalam perjalanan dari arah Kuala Ketil menghala ke Parit Panjang.

BACA JUGA: Kereta Terbakar Dalam Kemalangan, Pemandu Maut

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Saga Iswara yang dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan Toyota Hilux berkenaan dalam kedudukan melintang.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kenderaan pikap itu tidak sempat mengelak lalu melanggar di bahagian hadapan sebelah kiri Proton Saga Iswara berkenaan menyebabkan ia terputus dua,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Gambar: Astro Awani via PDRM

Tambahnya, mangsa (pemandu kereta Proton Iswara Aeroback) terbabit tercampak ke kiri jalan susulan kemalangan itu dan mengalami cedera parah.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara itu, pemandu dan penumpang pacuan empat roda hanya mengalami luka ringan di bahagian dahi.

Sehubungan itu, mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim bagi proses bedah siasat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Pemandu Maut, Kereta Terbakar Dalam Kemalangan

Baru-baru ini, seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar sebuah tembok batu dalam kemalangan di Plaza Tol Lekir, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, lapor Bernama.

Sumber: Astro Awani 

The post Kereta Putus Dua, Penyelia Dewan Makan Maktab Mahmud Maut Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*