Kereta Rosak Kena Langgar Singa Tengah Gaduh

Kereta Rosak Dilanggar Singa Bergaduh

Kereta Rosak Kena Langgar Singa Tengah Gaduh

Sebuah kereta rosak akibat dilanggar salah seekor singa yang sedang bergaduh dalam kejadian di Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan, Jawa Timur, lapor Kompas.

Menerusi video tular pada Sabtu, kelihatan kedua-dua singa tersebut pada awalnya saling kejar-mengejar antara satu sama lain sehingga menuju ke arah jalan raya.

Bagaimanapun keadaan mula menjadi cemas apabila kedua-duanya di atas jalan raya sehingga merempuh sebuah kereta Toyota Yaris berwarna merah tidak jauh dari situ.

Sehubungan itu, pemilik kenderaan, Febrian Peraman memuat naik sekeping gambar di Twitter memaparkan cermin belakang kiri keretanya pecah akibat rempuhan singa berkenaan.

“Inilah (‘rupa’ kereta) akibat dilanggar singa yang sedang bergaduh. Sejujurnya saya tidak mahu berdamai, apatah lagi untuk bersalaman,” tulisnya di Twitter miliknya.

Nasihat untuk orang awam elak kereta rosak jadi mangsa

Sementara itu, Pengarah Latihan Perunding Pertahanan Keselamatan Indonesia, Sony Susmana merayu kepada pengguna jalan raya di kawasan habitat haiwan seperti Taman Safari supaya lebih berhati-hati.

Hal ini kerana menurutnya, kejadian seperti itu adalah sesuatu yang tidak dapat diramalkan ketika menggunakan kenderaan persendirian ke Taman Safari.

“Memandu di kawasan yang dihuni oleh haiwan perlulah tahu akan tabiat, perwatakan, dan gaya hidup mereka (haiwan).

“Ada haiwan yang jinak, tetapi secara umumnya ia adalah haiwan yang liar atau berbahaya jika merasa terganggu,” jelas Sony.

Dalam masa sama, Sony turut menasihatkan kepada pemandu supaya kawal jarak kenderaan mereka dengan haiwan-haiwan tersebut.

Selain itu, cermin tingkap perlu sentiasa ditutup sempurna namun jika ingin membukanya perlulah hanya sekitar lima (5) ke 10 sentimeter (cm) sahaja.

Tambahnya lagi, tingkap hanya akan dibuka ketika pengunjung hendak memberi makan kepada haiwan jinak dan perlu ditutup semula untuk keselamatan.

Malah, Sony juga turut memperingatkan bahawa pengunjung tidak dibenarkan untuk mengganggu haiwan dengan pergerakan atau bunyi yang mampu menarik perhatian.

Hal ini disebabkan ada sesetengah haiwan yang berasa tergangggu akan ‘membalasnya’ dengan merosakkan kenderaan tersebut.

Berikut merupakan video penuh yang dikongsikan untuk tontonan anda semua:

 

Sumber: Kompas.com

 

The post Kereta Rosak Kena Langgar Singa Tengah Gaduh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*