Kereta Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung

lelaki rentung kereta

Kereta Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung

TAPAH — Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah kereta di Batu 23, Jalan Pahang semalam, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki Orang Asli berumur 59 tahun ditemukan di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Saga.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10.04 malam.

Berikutan itu, sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran kereta itu telah pun dipadamkan oleh orang awam.

“Terdapat seorang lelaki Orang Asli berada di tempat duduk belakang dan mangsa ditemukan dalam keadaan rentung,” maklumnya hari ini.

Tambah Sayani, 50 peratus kenderaan berkenaan dilaporkan terbakar dalam insiden itu.

“Penilaian risiko segera dilakukan sebelum membantu pihak polis untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat pada jam 11.36 malam,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat punca kematian mangsa.

BACA: Ketua Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung Ditikam Di Leher

Terdahulu, seorang bayi ditemukan rentung akibat terperangkap dalam kereta selepas kenderaan jenis Honda Jazz terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbakar.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Gua Musang – Kuala Krai di Kelantan pada November lalu.

Pegawai Operasi PBK II Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan Mohd Fadzil Musa berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 4.04 pagi

Menurutnya, bayi tersebut dilaporkan rentung akibat kebakaran kereta yang berlaku di hadapan bangunan BSN Kuala Krai itu.

“Terdapat tiga orang mangsa iaitu seorang lelaki dewasa yang melecur seluruh tubuh, seorang perempuan mengalami cedera ringan dan seorang lagi mangsa adalah bayi lelaki.

“Bagaimanapun, bayi tersebut dijumpai rentung di dalam kereta itu akibat terperangkap,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

The post Kereta Terbakar, Lelaki Ditemukan Rentung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*