Tempahan Bunker ‘Berlindung Dari Sebarang Malapetaka’ Kini Dibuka, Persis Macam Rumah

Tempahan kubu bandar hari kiamat

Tempahan Bunker ‘Berlindung Dari Sebarang Malapetaka’ Kini Dibuka, Persis Macam Rumah

Sebuah ‘Bandar Hari Kiamat’ yang didakwa mampu bertahan daripada sebarang malapetaka kini sudah siap dibina dan dibuka.

Menurut The Sun, dereten kubu bawah tanah serba mewah yang dibina kini sedia menerima tempahan daripada orang ramai.

Bandar itu dikatakan mempunyai sebanyak 575 kubu bawah tanah dan mampu menempatkan sehingga 10,000 orang penghuni.

Menurut The Sun, bandar berkenaan dibina di kawasan pergunungan Black Hills di Dakota Selatan, Amerika syarikat.

Kredit Jam Press/Terravivos.com

Kawasan yang dipilih merupakan lokasi bekas pangkalan tentera yang terbentang sepanjang 18 batu.

Sebelum ini, kubu-kubu bawah tanah berkenaan digunakan sebagai gudang simpanan bom dan peluru berpandu antara 1942 sehingga 1967.

Kredit Jam Press/Terravivos.com

Bagaimanapun baru-baru ini, pangkalan tersebut telah menjalani naik taraf menjadi kubu bawah tanah dikenali sebagai Vivos. Ia bertujuan menyediakan apa yang dinamakan sebagai ‘projek kemandirian manusia yang epik’.

Perkara berkenaan turut disahkan oleh Pengrah Eksekutif projek tersebut, Dante Vicino.

“Vivos, kini dikenali sebagai projek survival kemanusiaan yang epik. Bersedia pada bila-bila masa dan untuk apa sahaja kemungkinan yang berlaku,” katanya.

Menurut Vivos, kubu tersebut mampu memberikan perlindungan kepada penghuninya selama setahun tanpa perlu kembali ke permukaan.

Mendapat tempahan yang tinggi sejak akhir-akhir ini

Menurut Dante, tempahan kubu itu telah mendapat permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini, terutamanya selepas ancaman pandemik dan perang di Ukraine.

“Akibat ancaman pandemik, perang Ukraine dan kesan daripadanya telah menyebabkan permintaan terhadap Vivos meningkat.

“Orang ramai seolah-olah merasakan Perang Dunia Ketiga bakal meletus, dari Rusia ke China sehinggalah ke Timur Tengah.

“Kita sedang hidup dalam fasa yang sangat berbahaya. Justeru keperluan untuk perlindungan sepanjang hayat adalah satu kemestian.

“Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mahu berlindung daripada sebarang bencana sehingga ia berakhir,” kata Dante lagi.

Menurutnya, permohonan untuk mendapatkan slot bunker tersebut meningkat 2,000 peratus dari tahun ke tahun dan jualan meningkat lebih 300 peratus.

Menurut The Sun lagi, rekaan bahagian dalam kubu bawah tanah itu mirip seperti rekaan sebuah rumah dengan ruang terbuka dan sebagainya.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemudahan seperti gim, pawagam dan juga sangkar haiwan peliharaan.

BACA: Lelaki Cemas Anak Diculik, Suspek Didakwa Rakan Kongsi

Kredit Jam Press/Terravivos.com

Setiap kubu juga dilengkapi dengan ruang tamu beserta sofa, permaidani dan meja kopi. Manakala di ruang dapur pula tersedia kelengkapan seperti peti sejuk beku, microwave, ketuhar, mesin basuh dan meja makan.

Vivos menawarkan empat pakej kubu bawah tanah yang boleh ditempat oleh orang awam.

Setiap pakej hadir dengan kelengkapan berbeza mengikut citarasa pelanggan.

Kredit Jam Press/Terravivos.com

Sumber: The Sun

The post Tempahan Bunker ‘Berlindung Dari Sebarang Malapetaka’ Kini Dibuka, Persis Macam Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*