Kereta Terjunam Dalam Longkang, Tersilap Baca “Google Maps”

tersilap baca google maps

Kereta Terjunam Dalam Longkang, Tersilap Baca “Google Maps”

Sebuah kereta jenis Honda CR-V dilaporkan terjunam ke dalam tali air selepas didakwa tersalah baca ‘Google Maps’, lapor Tribun News.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di kawasan Perumahan Grand Wisata yang terletak di Tambun, daerah Bekasi, Indonesia.

Ketua Unit Trafik Polis Metro Bekas, Iptu Carmin mengesahkan kejadian itu yang dilaporkan berlaku pada pagi Ahad lalu.

“Kami telah menjalankan siasatan berhubung kemalangan melibatkan Honda CR-V yang jatuh ke dalam tali air di Perumahan Grand Wisata,” kata Carmin.

Berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, pemandu disyaki tidak begitu mengenali jalan raya di daerah tersebut.

Tersalah baca Google Maps

Sewaktu kejadian, pemandu sedang melintas dari Barat ke Timur dan kemudiannya pemandu didakwa tersilap membaca arah menerusi aplikasi ‘Google Maps’.

“Maklumat saksi di TKP, pemandu itu ikut Google Maps. Sepatutnya dia membelok ke kanan bukannya terus,” jelas Carmin lagi.

Akibat tidak membelok, kenderaan itu akhirnya terjunam ke dalam parit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku susulan kejadian itu.

“Pemandu cedera ringan dan kenderaan rosak kerana terjatuh ke dalam parit,” tambah Carmin.

Walau bagaimanapun, kes kemalangan itu dilaporkan kepada polis. Pemilik kenderaan itu telah meminta bantuan trak tunda untuk menarik kenderaannya keluar dari parit tersebut.

“Dievakuasi oleh pemilik kenderaan dengan bantuan kren dari Jasa Marga. Pemandu itu juga tidak dikejarkan ke hospital kerana hanya mengalami kecederaan ringan,” akhiri Carmin.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial Indonesia berkenaan gelagat seorang jemaah haji warga emas yang mahu turun dari pesawat sejurus sampai Madinah.

Berdasarkan muat naik video itu, jemaah yang berusia 95 tahun itu difahamkan mahu turun dari pesawat kerana terlupa memberi makan haiwan peliharaannya.

Memetik Viva, atuk dalam video itu berkomunikasi dengan pramugari di dalam pesawat menggunakan bahasa Jawa.

“Saya ingin turun, minta bantuan,” kata jemaah haji itu seperti muat naik video @sosmedkeras di Twitter.

Pramugari itu kemudiannya menahan jemaah haji itu dan bercakap dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Melihat keadaan itu, pramugari berkenaan juga sempat tersenyum apabila melihat reaksi jemaah haji tersebut.

Sumber: Tribun News

The post Kereta Terjunam Dalam Longkang, Tersilap Baca “Google Maps” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*