Polis Sahkan Suspek Menyamar Polis Di Lebuhraya Utara Selatan Telah Ditahan

suspek Menyamar Polis Di Lebuhraya Utara Selatan

Polis Sahkan Suspek Menyamar Polis Di Lebuhraya Utara Selatan Telah Ditahan

Suspek lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam satu kejadian tular di Johor telah berjaya ditahan polis Johor pada jam 6.00 petang, semalam.

Penangkapan itu dibuat selepas laporan berhubung penularan video suspek mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara diterima polis.

Video tular itu memaparkan aksi tiga orang individu yang berpakaian lengkap berjaket polis cuba menahan sebuah kenderaan lain.

Penangkapan dua individu lelaki tempatan itu dibuat polis dari bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai.

Suspek yang ditahan dilaporkan berusia lingkungan 43 dan 48 tahun.

Salah seorang suspek yang ditahan itu dilaporkan merupakan penjawat awam.

Polis juga turut merampas baju pantulan cahaya, beacon light mudah alih, lampu suluh, headlight, serta sebuah kereta jenis Honda City.

Siasatan lanjut yang dilakukan polis mendapati bahawa salah seorang daripada suspek didapati mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah.

Kedua-dua suspek yang ditahan dilaporkan akan direman di Mahkamah Majistret Kulai pada hari ini jam 10 pagi.

Kes tersebut bakal disiasat dibawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan di mana jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, suspek juga bakal disiasat dibawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Dalam pada itu, polis Johor juga menyeru agar masyarakat dapat terus membantu menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah yang berlaku dalam masyarakat.

Polis Johor juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang. Ia bagi membanteras kejadian jenayah dan penyeludupan individu yang menyamar sebagai polis.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, polis sedang mengesan tiga lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan. Individu terbabit didapati mengejar sebuah kenderaan di Kilometer 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai Superintenden Yusof Othman berkata pihaknya menerima laporan berhubung video berdurasi 27 saat itu. Laporan diterima daripada seorang anggota polis pada 1.52 tengah hari.

“Satu video dimuat naik oleh seorang pemilik akaun ‘Freeman Gan WT’ di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta. Kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya.

“Suspek dipercayai tiga lelaki bangsa tidak pasti memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru. Mereka menyamar seakan pasukan polis telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan yang dipandu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Polis Johor via Facebook

The post Polis Sahkan Suspek Menyamar Polis Di Lebuhraya Utara Selatan Telah Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*