Kereta Tersadai, Pemilik Kereta Terharu Wanita Belikan Makanan Untuk Berbuka Puasa

wanita beli makanan berbuka

Kereta Tersadai, Pemilik Kereta Terharu Wanita Beli Makanan Untuk Berbuka

Baru-baru ini, tular satu rakaman menunjukkan seorang penunggang motosikal membelikan juadah berbuka puasa kepada dua orang wanita selepas kenderaan yang dinaiki mereka mengalami masalah berdekatan plaza tol Kempas, Johor.

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita dipercayai pemilik kereta itu di akaun TikToknya @bestiemonkey03, ia memaparkan insan berhati mulia itu membantu mereka.

Difahamkan, kereta yang dinaiki tersebut mengalami masalah dan terpaksa diberhentikan di bahu lebuh raya berhampiran plaza tol.

Ujarnya, sewaktu sedang menunggu trak penunda (towing) tiba, datang seorang wanita memberhentikan motosikal lalu memberikan makanan dan minuman kepada mereka untuk berbuka puasa.

Gambar: TikTok @bestiemonkey03

“Saya nampak akak tersadai dekat sini, saya belikan la,” ujar pemberi tersebut.

Pada awalnya mereka menolak pemberian tersebut kerana segan dipelawa oleh wanita tersebut dan memaklumkan waktu berbuka masih panjang.

wanita beli makanan berbuka
Gambar: TikTok @bestiemonkey03

“Eh jangan, jangan, jangan..memangla tunggu (towing), saya macam fikir-fikir kalau tunggu towing nanti berbuka pukul berapa,” katanya wanita yang membeli makanan itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai bagaimana mengetahui keadaan yang dialami mereka, wanita itu menjelaskan dia dalam perjalanan dari rumah menyedarinya dari laluan bertentangan.

Oleh itu, dia sempat membelikan makanan untuk mereka.

BACA: “Anak-anak Mungkin Faham…” Hadapi Masalah Kewangan, Kisah Lebaran Sarah Buat Ramai Sebak

Meskipun menolak sedikit pemberian itu (wang), dia hanya meminta kedua-dua mereka mendoakanya sentiasa dimurahkan rezeki sebelum beredar dari situ.

“Nama dia Dhia. Semoga kamu dilindungi Allah dan dilimpahkan rezeki seluas lautan. Kereta kitaorang breakdown dekat area tol kempas,” tulisnya dalam kapsyen video itu.

“Ada lagi orang baik…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen yang menonton video tersebut memuji tindakan wanita itu dan turut sama mendoakan buat dirinya.

Berikut adalah beberapa komen;

“Semoga urusan Dhia Zareen ni dipermudahkan. Terima kasih orang baik,” komen salah seorang pengguna. 

“Dhia, Abang doakan Dhia dipanjangkan umur dimurahkan rezeki nya,” tulis seorang lagi pengguna.

“Dhia baik dan awak yang menerima pun baik, dari respon awak terima pemberian tu pun dah gembirakan si pemberi. Seronokkan hidup dikelilingi orang yang ada empati atau common sense,” kata seorang lagi.

Untuk makluman, video tersebut telah mendapat lebih 300,000 tontonan dengan lebih 26,000 tanda ‘suka’ serta komen setakat artikel ini ditulis.

@

♬ –

Sumber: TikTok @bestiemonkey03

The post Kereta Tersadai, Pemilik Kereta Terharu Wanita Belikan Makanan Untuk Berbuka Puasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*