Kereta Tertimbus Dalam Salji Hampir Seminggu, Warga Emas Dilapor Selamat

Kereta Tertimbus Dalam Salji Hampir SemingguKereta Tertimbus Dalam Salji Hampir Seminggu

Kereta Tertimbus Dalam Salji Hampir Seminggu, Warga Emas Dilapor Selamat

Seorang warga emas dilapor selamat selepas hampir seminggu terperangkap di dalam sebuah kereta yang tertimbus dalam salji, lapor Daily Star.

Mangsa, Jerry Jouret berusia 81 tahun dipercayai terperangkap seorang diri dalam keretanya ekoran daripada ribut yang melanda California.

Difahamkan, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Big Pine, California menuju ke rumah keluarganya di  Gardnerville, Nevada.

Bagaimanapun dia secara tidak sengaja terbelok ke jalan kecil sehingga menyebabkan dirinya terperangkap dalam salji.

Memetik Daily Star, pasukan penyelamat mengambil masa selama enam hari untuk mengesan Jerry dengan menempuh cuaca yang teruk itu.

Kereta Tertimbus Dalam Salji Hampir Seminggu
Kredit: Daily Star

Terselamat berbekalkan croissant, biscotti dan gula-gula

Sementara cucunya, Christian mengatakan bahawa dia terselamat daripada kejadian dengan memakan makanan ringan yang terdapat dalam kereta termasuklah croissant, biscotti dan gula-gula.

Tidak hanya itu, Jerry juga dikatakan memakan salji (sebagai air) untuk mengekalkan tubuhnya supaya kekal terhidrat.

Jerry yang juga seorang ahli matematik dan bekas pekerja NASA dipercayai hanya memakai winbreaker dan selimut ringan serta tuala mandi untuk memanaskan badannya.

“Tubuhnya agak kecil. Dia tidak mempunyai banyak isi pada tulangnya (Jerry),” kata Christian.

Tambahnya lagi,  datuknya kekal berada pada suhu panas di dalam keretanya dengan menjimatkan bateri kereta dan hanya menghidupkannya secara berkala untuk memasang pemanas.

Kereta Tertimbus Dalam Salji Hampir Seminggu
Kredit: Daily Star

Bagaimanapun, nasib tidak selalunya baik apabila pada hari ketiga, keretanya dipercayai telah kehabisan bateri. Hal itu menyebabkan tingkapnya terbuka sepanjang hari sehingga dia dijumpai.

Disangka batu, rupanya kereta tertimbus

Sementara itu Pejabat Polis Daerah Inyo menerima laporan orang hilang pada 28 Februari lalu. Susulan itu, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) segera memulakan pencarian pada 1 Mac.

Namun, operasi itu dikatakan telah ditangguhkan ekoran bimbang akan keselamatan pasukan penyelamat berdepan dengan cuaca yang tidak baik.

BACA JUGA: Wanita ‘Unboxing Lipas’ Buat Stok Makanan Haiwan Raih Perhatian Ramai

Tetapi, kira-kira jam 4 pada 2 Mac, pasukan itu telah mengenal pasti pin telefon bimbit milik Jerry dan menghantar lokasinya kepada anggota yang lain (helikopter).

Susulan itu, pasukan penyelamat yang menaiki helikopter terus mengesan kedudukan koordinat telefon tersebut dan menjumpai kereta yang separa tertimbus.

Pada mulanya, mereka menyangka kereta tersebut adalah batu bagaimanpun, Jerry dikatakan bertindak untuk mengeluarkan tangannya dan melambai.

Dalam kesempatan yang sama, Jerry menyifatkan penyelamatan itu sebagai satu keajaiban dan bersyukur bahawa dia telah diselamatkan.

Susulan itu, Jerry telah dibawa ke Lapangan Terbang Bishop dan dipindahkan untuk rawatan perubatan tetapi dibenarkan keluar hospital pada petang yang sama.

Sumber: Daily Star

The post Kereta Tertimbus Dalam Salji Hampir Seminggu, Warga Emas Dilapor Selamat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*