Presiden Korea Selatan Rancang Lawatan Pertama Ke Jepun Selepas Empat Tahun

presiden korea selatan jepun

Presiden Korea Selatan Rancang Lawatan Pertama Ke Jepun Selepas Empat Tahun

Presiden Korea Selatan dilapor akan melawat Jepun buat kali pertama sejak 2019, mengumumkan perjalanan itu hanya beberapa hari selepas negara jiran itu menamatkan pertelingkahan yang telah mengganggu hubungan antara perdagangan hingga keselamatan.

Lapor Bangkok Post, Presiden Yoon Suk Yeol akan melawat Jepun pada minggu depan, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Lawatan itu dibuat susulan selepas sehari pengumuman rancangan untuk memberi pampasan kepada mangsa Korea akibat buruh paksa pada zaman perang Jepun.

Yoon akan melawat Jepun pada 16 dan 17 Mac untuk sidang kemuncak dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.

Difahamkan, kehadiran Yoon di Jepun adalah atas jemputan Tokyo.

“Lawatan ini akan menyambung semula pertukaran sidang kemuncak dua hala antara Korea Selatan dan Jepun yang tergantung selama 12 tahun.

“Ia menandakan satu peristiwa penting dalam penambahbaikan dan pembangunan hubungan Korea Selatan dan Jepun,” kata kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu juga berkata, lawatan Yoon akan menjadi peluang bagi kedua-dua negara terbabit untuk mengatasi sejarah malang masa lalu dan meningkatkan kerjasama.

Jurucakap kerajaan Jepun Hirokazu Matsuno berkata kedua-dua negara telah mengadakan pertukaran dan komunikasi yang rapat sejak Yoon memegang jawatan.

Beliau turut menyifatkan Korea Selatan sebagai negara jiran yang penting.

“Dengan lawatan ini, kami ingin mempertingkatkan lagi hubungan Jepun dan Korea Selatan.

“Ia berdasarkan persahabatan dan kerjasama yang berterusan sejak normalisasi hubungan,” katanya kepada pemberita.

Kali terakhir presiden Korea Selatan melawat Jepun adalah pada 2019 apabila Moon Jae In menghadiri sidang kemuncak G20 di Osaka.

Pada masa tersebut, pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara disekat berikutan peningkatan dalam ketegangan yang dicetuskan oleh masalah yang berkaitan dengan sejarah.

Korea selatan umum bayaran pampasan kepada mangsa perang Jepun

Sebelum ini, media melaporkan Korea Selatan merancang untuk memberi pampasan kepada mangsa buruh paksa Jepun semasa era perang dahulu.

Perkara itu dilakukan dengan harapan dapat memperbaiki hubungan buruk yang telah menghalang perdagangan, kerjasama politik dan ketenteraan antara dua negara sebelum ini.

Menteri Luar Park Jin memaklumkan Korea Selatan akan memberi pampasan kepada bekas buruh paksa melalui sebuah yayasan awam.

Yayasan tersebut dibiayai oleh syarikat sektor swasta yang mendapat manfaat daripada Perjanjian Ganti Rugi 1965 daripada Jepun.

Sumber: Bangkok Post

The post Presiden Korea Selatan Rancang Lawatan Pertama Ke Jepun Selepas Empat Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*