Keretapi Trans-Borneo: Dapat Pendekkan Masa, Ini Cadangan Laluan Fasa 1 & 2

Keretapi Trans-Borneo: Dapat Pendekkan Masa, Ini Cadangan Laluan Fasa 1 & 2

Adalah menjadi impian buat rakyat untuk memiliki pengangkutan awam yang cekap susulan ia memudahkan pergerakan untuk ke destinasi yang ingin di tuju.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan cadangan Keretapi Trans-Borneo (TBR) yang dikatakan akan menghubungkan Bumi Kenyalang, Sabah dan juga negara jiran, Indonesia.

Projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi itu mampu mencapai kelajuan maksimum 320 kilometer (km) atau lebih sejam selain menawarkan pengalaman perjalanan yang sangat unik dan cekap kepada penumpang.

Difahamkan, projek bernilai US$70 bilion (RM330 bilion) tersebut akan dilaksana dalam dua fasa membabitkan laluan sepanjang lebih 1,600 kilometer.

Ia juga bakal memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan dan Sabah.

Oleh yang demikian, mari kita ketahui laluan cadangan projek kereta api tersebut yang dibawakan oleh Brunergy Utama.

Cadangan laluan

Untuk maklumat, fasa satu pembinaan bertujuan untuk menghubungkan kuasa ekonomi bandar pantai barat ke timur.

Laluan tersebut akan melalui 17 stesen bermula dengan Pontianak, kemudian melalui Mempawah, Singgawang, Sambas, Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri, Bukit Panggal, Limbang, Bangar, Lawas, Sipitang, Beufort, Kimanis atau Papar dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

Kemudian, fasa kedua akan memasuki Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda, dan kemudiannya ibu negara Indonesia masa depan Nusantara.

Kredit: Brunergy Utama

Antara stesen yang akan dilalui ialah Bukit Panggal, Long Seridan, Bekalalan, Long Bawan, Malinau, Tanjung Selor, Tandjungredeb, Pengadan, Lubuk Tutung, Bontang, Samarinda dan Balikpapan.

Terminal dan Stesen

Kredit: Brunergy Utama

TBR akan dibina di empat terminal iaitu di Kota Kinabalu, Bukit Panggal, Kuching dan Pontianak yang berfungsi sebagai hab utama untuk pengangkutan massa, bersama-sama dengan dua puluh empat stesen di seluruh pulau.

Kedua-dua laluan akan bersambung di daerah Brunei Tutong yang terletak di lokasi strategik, berfungsi sebagai hab pusat untuk TBR.

Sumber: Brunergy Utama

The post Keretapi Trans-Borneo: Dapat Pendekkan Masa, Ini Cadangan Laluan Fasa 1 & 2 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*