Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Siasatan Sudah Capai 90 Peratus – KPN 

Kes Zayn Rayyan

Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Siasatan Sudah Capai 90 Peratus – KPN 

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin kini sudah mencapai 90 peratus, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.

Beliau berkata ia melibatkan siasatan dalam pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.

Katanya kesemua saksi yang pernah diambil keterangan sebelum ini mungkin akan dipanggil semula termasuk ahli keluarga Zayn Rayyan bagi melengkapkan siasatan.

“Buat masa ini motif (pembunuhan) adalah sangat penting dan kita tidak mengetahui apa motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh,” katanya dalam sidang media khas di Ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Pada 5 Dis lepas kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya, dan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.

BACA: Graduan Tajaan MARA Cemerlang, Peroleh Tauliah Dalam Bidang AI 

Razarudin berkata ujian patalogi tidak akan dibuat lagi melainkan terdapat maklumat baharu, sekiranya ada tangkapan selepas ini.

Berhubung bantuan yang diterima daripada pihak Interpol, Razarudin berkata pihaknya hanya menerima laporan daripada segi saintifik dan forensik dalam membantu siasatan kes itu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis tidak akan menghentikan siasatan sehingga petunjuk baharu diperoleh, dan setakat ini polis telah merakam keterangan 225 individu, selain mengumpul 248 sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Sumber: BERNAMA

The post Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Siasatan Sudah Capai 90 Peratus – KPN  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*