Kes Zayn Rayyan: Polis Adakan Pertemuan Dengan Penduduk Apartment Idaman

rayyan polis penduduk

Kes Zayn Rayyan: Polis Adakan Pertemuan Dengan Penduduk Apartment Idaman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mengadakan satu pertemuan dengan penduduk-penduduk Apartment Idaman, malam Rabu.

Menurut Sinar Harian, perjumpaan yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Blok L itu akan diadakan pada 9 malam.

Perjumpaan tersebut merupakan satu perkara yang biasa dilakukan pihak polis, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid.

Jelas Mohamad Fakhrudin, beberapa perjumpaan antara pihaknya dengan penduduk-penduduk di apartment berkenaan pernah diadakan sebelum ini.

“Memang sebelum ini pun kita adakan perjumpaan untuk terangkan situasi semasa, ia satu perkara yang rutin bagi kawasan Petaling Jaya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, beberapa kenderaan polis memasuki kawasan blok di sekitar perkarangan Apartment Idaman pada hari yang sama.

Kenderaan-kenderaan milik polis itu kemudian dilihat keluar daripada kawasan berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.

Difahamkan, beberapa anggota polis memasuki blok R bagi menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah. Perkara ini merupakan sebahagian daripada siasatan lanjut berhubung kes pembunuhan mangsa.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian sebelum ini, lebih 20 anggota dilihat memasuki blok kediaman keluarga mangsa itu pada jam 8 malam.

Dua kotak telah dibawa keluar, dipercayai berisi bahan bukti

Selepas menjalani pemeriksaan rumah ke rumah selama dua jam, dua kotak telah dibawa keluar oleh pasukan Forensik PDRM.

Menurut laporan Astro Awani, kotak berkenaan dipercayai mengandungi bahan bukti bagi membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Pemeriksaan dipercayai dilakukan terhadap rumah-rumah yang berada di tingkat dua dan tiga blok berkenaan.

Ketika pemeriksaan dijalankan, pihak media berusaha untuk mendapatkan gambaran lebih lanjut berkenaan proses itu.

Namun, usaha tersebut terhalang kerana orang awam tidak dibenarkan untuk mendekati kawasan mahupun berkumpul di hadapan blok.

Terdahulu, mayat Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air dalam lingkungan 200 meter dari rumahnya pada jam 10 malam 6 Disember lalu.

Kematian kanak-kanak autisme ini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemui kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

BACA: Rasa Istimewa, Abang Ni Payung Cara Buat Air Sirap Kenduri

Sumber Sinar Harian & Astro Awani

The post Kes Zayn Rayyan: Polis Adakan Pertemuan Dengan Penduduk Apartment Idaman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*