Ketagih Main ‘Game’ & Mengamuk ‘Phone’ Dirampas, Anak Ugut Ayah Dengan Pisau

anak mengamuk ugut ayah

Ketagih Main ‘Game’ & Mengamuk ‘Phone’ Dirampas, Anak Ugut Ayah Dengan Pisau

Ketagihan permainan video dalam kalangan kanak-kanak bukanlah suatu fenomena baharu yang berlaku pada masa kini. Tidak dinafikan bahawa banyak syarikat perjudian telah memperkenalkan peraturan yang melarang kanak-kanak bawah umur untuk bermain permainan terlalu lama.

Malah, untuk memastikan perkara itu berlaku ada sesetengah permainan video memerlukan setiap pemain memuatkan kad pengenalan mereka dan melakukan pengesahan muka untuk membuktikan umur mereka.

Contohnya, Tencent Games, pengeluar permainan mudah alih di China telah menetapkan peraturan bahawa kanak-kanak bawah umur hanya boleh bermain permainan dari lapan hingga sembilan hari sahaja, malah selama 14 hari pada musim sejuk.

Tetapi, langkah ini tidak cukup untuk membendung masalah itu daripada berlaku, malah ada kanak-kanak yang boleh menggunakan telefon bimbit ibu bapa mereka dan memintas sekatan yang telah dibuat.

Ugut Bapa Dengan Pisau Pemotong Daging
Kredit: South China Morning Post

Anak mengamuk ugut ayah dengan pisau, berang phone dirampas

Misalnya yang tular di China baru-baru ini apabila seorang anak yang juga merupakan pelajar sekolah rendah dilapor mengacukan pisau pemotong daging ke arah bapanya.

Hal itu kerana bapanya tidak membenarkan dia bermain permainan video di telefon bimbitnya.

Menerusi rakaman video berdurasi 13 saat, kejadian tersebut disahkan berlaku di wilayah selatan Guangxi, China pada 10 Februari yang telah dirakam oleh seseorang (tidak didedahkan identiti).

“Berikan semula kepada saya,” katanya dalam video tersebut.

Malah, anaknya dilihat terus mengacukan senjata itu sebelum bapanya bertindak untuk merampas senjata tersebut dari tangannya.

Kerana terlalu manjakan anak

Memetik South China Morning Post (SCMP), perselisihan faham itu bermula apabila bapanya menghentikan anak lelakinya daripada bermain permainan video dan merampas telefon bimbitnya.

Susulan tindakan si bapa, anaknya menjadi marah dan mengugutnya dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Hal ini kerana, menurut SCMP bapanya terlalu memanjakan anak lelakinya itu sehingga anaknya mengambil kesempatan terhadapnya dan bertindak di luar jangkaan pada hari kejadian.

Tidak dinafikan rakaman tersebut telah mengundang kemarahanan warganet untuk menghakimi tindakan kanak-kanak tersebut yang dilihat tidak menghormati bapanya.

“Sangat menakutkan! Dan terdapat ramai kanak-kanak seperti itu. Jika itu anak saya, saya akan maklumkan kepada pihak berkuasa. Ia tidak tertanggunng,” antara komen yang ditinggalkan.

Kata seorang individu lagi, “Kanak-kank semakin ketagih dengan permainan video dan lambat laun keluarga mereka akan menderita jika mereka menjadi terlalu manja,”

Sumber: South China Morning Post 

The post Ketagih Main ‘Game’ & Mengamuk ‘Phone’ Dirampas, Anak Ugut Ayah Dengan Pisau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*