Satelit Temui Hutan Berbentuk Hati Di Thailand

hutan berbentuk hati

Satelit Temui Hutan Berbentuk Hati Di Thailand

Sebuah agensi angkasa lepas Thailand dan organisasi penyelidikan angkasa lepas baru-baru ini telah mengeluarkan imej satelit hutan yang berbentuk hati bersempena dengan Hari Valentine, lapor Mothership.

Imej udara hutan itu telah diambil oleh Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (Gistda) menggunakan satelit SPOT 6.

Menurut Agensi Angkasa Eropah, satelit itu dimiliki dan dikendalikan oleh Airbus Defense and Space, yang dilancarkan pada September 2012.

Satelit itu terletak kira-kira 694 kilometer di atas Bumi dan mengorbit bersama-sama dengan matahari.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Kredit Google Earth

Hutan berbentuk hati itu juga boleh dilihat oleh orang ramai di Google Earth, di koordinat 19°50’34.7291″N, 100°10’50.3909″E. 

Kawasan hutan itu terletak di kawasan Thailand

Menurut The Nation Thailand, Gistda jurucakap Siam Lawawirojwong berkata bahawa hutan itu berfungsi sebagai “hati hijau” yang menyucikan udara untuk kampung-kampung yang berhampiran.

Hutan tersebut dikelilingi sawah padi, ubi kayu dan ladang longan yang diusahakan oleh kampung-kampung berdekatan.

Hutan berbentuk hati ini terletak di daerah Phaya Mengrai di Chiang Rai, berhampiran Wat Santitham, sebuah kuil Buddha.

Menurut catatan Facebook Gistda, hutan itu terletak di kawasan yang agak tinggi daripada paras laut, jadi di sana agak sejuk sepanjang tahun. Purata suhu hutan itu sekitar 25.4°C pada sepanjang tahun. 

Hutan tersebut ditumbuhi oleh pokok-pokok hutan terdiri daripada jenis Dipterokarp. Menurut NParks, pokok jenis ini kebanyakannya ditemui di Asia Tenggara, dengan lebih 500 spesies direkodkan.

Pokok-pokok spesies ini membentuk 50 hingga 80 peratus daripada kanopi hutan dan mampu hidup sehingga ratusan tahun. Malah sesetengah spesies bahkan mampu mencapai ketinggian lebih 80 meter apabila matang.

Salah satu jenis spesis ini wujud di hutan Sabah, Malaysia. Ia telah memegang rekod sebagai pokok tropika tertinggi di dunia.

Dipterokarpa adalah penting dari segi ekologi dan ekonomi kerana ia menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk haiwan. Ia juga dicari untuk kayunya serta pengeluaran barangan pengguna.

Malangnya, banyak spesis pokok ini telah menjadi sangat terancam di rantau kita kerana projek penebangan hutan haram.

Sumber: Mothership

The post Satelit Temui Hutan Berbentuk Hati Di Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*