Ketahui Empat Pemimpin Politik Yang Pernah Menerima Pengampunan Diraja

empat pemimpin politik pengampunan

Ketahui Empat Pemimpin Politik Yang Pernah Menerima Pengampunan Diraja

Topik berkenaan pengampunan diraja menjadi bualan hangat di media sosial pada masa kini selepas media melaporkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan pengurangan dalam hukumannya,

Ia telah menjadi tumpuan orang ramai apabila hukuman yang dikenakan kepadanya sebelum ini dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Kemungkinan ramai yang tertanya-tanya tentang konsep pengampunan diraja dan siapakah yang layak menerima atau yang telah menerima pengampunan tersebut?

Pun begitu, min telah sediakan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut dan diharap perkongsian ini dapat menjawab persoalan-persoalan anda.

Konsep Pengampunan Diraja

Untuk pengetahuan, kuasa pengampunan atau pengampunan diraja adalah sebuah kuasa mutlak untuk Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Negeri.

Pengampunan ini adalah bertujuan untuk memberi keampunan, menundakan hukuman dan membebaskan hukuman sepenuhnya yang berkaitan dengan segala kesalahan yang dibicarakan di mahkamah.

Selain itu, lembaga pengampunan yang ditubuhkan terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri dan juga tidak melebihi tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Negeri.

Kuasa pengampunan diraja ini menjadi sesuatu yang penting dalam sistem pemerintahan beraja dan ia bukan saja diberikan kepada mereka yang pernah mengharumkan nama negara, tetapi ia juga boleh diberikan kepada banduan yang menunjukkan kelakuan yang baik dalam penjara.

BACA: Isteri Taib Mahmud Rayu Hentikan Tuduhan & Sangkaan Jahat Terhadapnya

Penerima Pengampunan Diraja

Sebelum Datuk Seri Najib diberikan pengampunan diraja, terdapat beberapa ahli politik yang lain yang juga telah menerimanya.

Antaranya adalah, Mantan Perdana Menteri Selangor, Datuk Seri Harun Idris, Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim dan juga Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut adalah kesalahan yang telah dilakukan serta pengampunan yang diterima oleh setiap individu tersebut.

Datuk Seri Harun Idris

Gambar via Wikipedia

Mantan Perdana Menteri Selangor ini telah dikenakan hukuman penjara selama enam tahun kerana telah melakukan kegiatan rasuah dan penipuan.

Hukuman itu dijatuhkan kepadanya kerana telah menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari bank Perbadanan Hong Kong dan Shanghai.

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman tersebut dan telah disokong oleh Mahkamah Federal. Namun, pada 28 Julai 1981, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Haji Ahmad Shah telah mengadakan sidang pengampunan.

Setelah mempertimbangkan jasa-jasa mantan perdana menteri itu terhadap negara serta laporan-laporan dari penjara yang diterima, Datuk Seri Harun Idris telah dibebaskan selepas empat tahun dipenjarakan.

Ini bermakna tempoh hukuman penjaranya itu telah dikurangkan daripada enam tahun kepada empat tahun.

Datuk Mokhtar Hashim

Gambar via BERNAMA

Datuk Mokhtar Hashim telah didapati bersalah membunuh seorang Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 14 April 1982.

Mantan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan itu sepatutnya dikenakan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tetapi, hukumannya itu telah ditukar menjadi penjara selama seumur hidup kira-kira pada tahun 1984. Datuk Mokhtar Hashim telah dibebaskan pada 10 Julai 1991 selepas beliau mendapat pengampunan diraja setelah dipenjara selama lapan tahun.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Gambar: BERNAMA

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dalam kes meliwat pemandu keluarganya pada tahun 1998 dan telah menerima hukuman penjara selama sembilan tahun dari Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos 2000.

Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu selepas menyelesaikan hukuman penjara selama enam tahun yang disabitkan kepadanya pada 4 April 1999 atas kesalahan rasuah.

Tetapi, selepas enam tahun dipenjarakan kerana rasuah, Perdana Menteri itu dibebaskan pada 2 September 2004 setelah mahkamah Persekutuan meminda sabitan kesalahan terhadapnya mengenai kes liwat itu.

Namun, pada tahun 2015, beliau telah dipenjarakan selama lima tahun selepas lima hakim dari Mahkamah Persekutuan menetapkan keputusan bersalah dalam satu lagi kes terhadapnya.

Kemudian pada tahun 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima pengampunan sepenuhnya daripada Sultan Muhammad V.

Hal ini kerana Sultan Muhammad V menganggap bahawa kes terhadap dirinya itu mempunyai travesty of justice.

Datuk Seri Najib

Gambar: BERNAMA

Hukuman penjara telah dijatuhkan kepada Datuk Seri Najib pada 23 Ogos 2022 dan sejak itu beliau telah berusaha untuk mendapakan pengampunan diraja agar dapat dibebaskan awal.

Beliau telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC).

Selain itu, terdapat pertuduhan pelanggaran jenayah kepercayaan dan salah guna kuasa berkenaan dengan RM42 juta dana SRC.

Datuk Seri Najib telah menerima pengampunan pada 29 Januari 2024 dan hukumannya telah dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Ini bermakna, tempoh hukuman penjaranya akan tamat pada tahun 2028 akan datang dan bayaran dendanya juga dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.

Namun, sekiranya denda itu tidak dibayar, hukuman penjaranya akan ditambah sebanyak setahun daripada tarikh beliau sepatutnya dibebaskan.

Sumber: Sinar Harian / JPA Pencen

BACA JUGA: Peminat Tuntut Semula Duit Tiket Lepas Kecewa Messi Tak Main

The post Ketahui Empat Pemimpin Politik Yang Pernah Menerima Pengampunan Diraja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*