Kanak-kanak Lelaki Nangis Terharu, Terima “Laptop” Daripada Ibu Bapa

kanak-kanak nangis terharu

Kanak-kanak Lelaki Nangis Terharu, Terima “Laptop” Daripada Ibu Bapa

Kadang-kadang, apa yang dimahukan oleh kanak-kanak adalah perhatian dan penghargaan daripada kedua ibu bapanya.

Apabila seorang anak itu telah melakukan yang terbaik untuk meraih kecemerlangan di sekolah, tidak salah untuk ibu bapa memberikan hadiah tanda menghargai kegigihannya.

Hadiah yang diberikan tidak semestinya perlu menjadi sesuatu yang mahal. Kadangkala, hadiah seperti membawa anak itu keluar makan dan meluangkan masa bersama keluarga pun sudah cukup.

Kejayaan anak-anak perlulah diraikan kerana ia akan menjadi sesuatu yang sering diingati oleh mereka dan akan menjadikan mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha mereka.

Itulah yang telah dilakukan oleh pasangan suami isteri ini terhadap anak mereka.

“Sayang Abah!”

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh ibu ( @farhanimsamsudin) kepada kanak-kanak itu, kelihatan dua orang adik-beradik menerima hadiah daripada ibu bapa mereka.

“Tahniah sebab banggakan mommy tahun ni. This is for you,” memetik kapsyen yang ditulis oleh ibu mereka di TikTok.

Apabila kedua-duanya membuka hadiah masing-masing dengan wajah yang teruja, wajah kanak-kanak lelaki itu berubah kepada terkejut.

Dalam video itu, wajahnya seperti tidak mempercayai apa yang diterimanya. Kanak-kanak itu mula tersenyum sebelum belari ke arah bapanya.

Jelaslah kanak-kanak itu rasa amat terharu dengan hadiah yang diterimanya kerana dia terus memeluk bapanya sambil menangis.

“Sayang abah!” kata kanak-kanak itu.

Selepas memeluk bapanya, dia memeluk ibunya pula dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Terima kasih bagi laptop!” katanya sambil menangis terharu.

Teresak-esak kanak-kanak itu menangis kerana terlalu terharu. Dia cuba untuk menenangkan dirinya apabila mahu mengeluarkan komputer riba yang diterimanya itu.

Apabila dia mendapati bahawa hadiahnya itu boleh dilipat untuk menjadi sebuah tablet, dia ketawa sebelum menangis kembali dan memeluk ibunya itu.

Mommy sayang mommy!” ujarnya.

Ibu bapanya hanya mampu tertawa dengan gelagat anaknya yang jelas menghargai hadiah yang diberi kepadanya itu.

“Belajar pandai-pandai.

“Teruskan sampai darjah tiga, empat, lima enam,” pesan wanita tersebut kepada anaknya.

Kanak-kanak itu mengangguk, memahami bahawa dia perlu terus melakukan yang terbaik dan terus cemerlang dalam pelajarannya.

Dari tangisan terharu kanak-kanak itu, jelaslah bahawa dia tidak menjangka akan mendapat hadiah yang cukup berharga itu.

Semoga dengan hadiah yang diberi, kanak-kanak itu akan terus menjadi pelajar yang cemerlang dan membanggakan ibu bapanya.

Penghargaan untuk kanak-kanak, meskipun anda mungkin menganggapnya sebagai sesuatu yang kecil, ia sebenarnya merupakan sesuatu yang amat bermakna buat mereka.

@farhanimsamsudin

Sebab tertulis itu rezeki kamu. Tahniah sbb banggakan mommy tahun ni . This is for you. #fyp

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Sumber: @farhanimsamsudin/TikTok

BACA JUGA: Masak Nasi Guna ‘Solid Fuel’, Mudah Dibawa Ketika Berkelah

The post Kanak-kanak Lelaki Nangis Terharu, Terima “Laptop” Daripada Ibu Bapa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*