Saya Mahu Rehat Dahulu – Dr Noor Hisham

dr noor hisham rehat

Saya Mahu Rehat Dahulu – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA, 19 April (Bernama) — Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ KKM ketika negara berdepan pandemik COVID-19, merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan wabak itu dalam negara.

“Rehat dulu,” katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengimbas kad perakam waktu pada pukul 4.17 petang sebagai simbolik hari terakhir bertugas di KKM hari ini.

Beliau diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan warga KKM yang turut hadir mengucapkan  selamat bersara kepadanya.

“Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, COVID-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik dan memang saya tertunggu-tunggu untuk bersara,” kata Dr Noor Hisham.

Dr Zaliha dalam satu hantaran di Facebook beliau merakamkan penghargaan kepada Dr Noor Hisham atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di KKM.

BACA: Dua Varian Utama COVID-19 Di China Dikesan Di Malaysia – Dr Noor Hisham

Jasa dikenang, Dr Noor Hisham bersara 21 April ini

Setelah 35 tahun berkhidmat, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan bakal bersara wajib pada 21 April ini.

Panglima COVID-19 

Memetik laporan Bernama TV,  memaklumkan kenangan bersama lelaki berusia 60 tahun itu kekal terpahat dalam memori. Lebih-lebih lagi sewaktu negara berdepan penularan COVID-19 pada akhir Disember 2019 yang meragut ribuan nyawa.

Sehubungan itu, beliau layak digelar sebagai wira yang berkorban terhadap rakyat dan negara.

“Noor Hisham layak digelar ‘wira rakyat’ melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

“Semoga dengan persaraan ini memberi peluang buat beliau beristirehat setelah berusaha keras demi kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

“Biar jasa jadi kenangan,” maklum Bernama TV.

Kejayaan paling diingat

Gambar: FB Noor Hisham Abdullah

Sepanjang 35 tahun menabur bakti kepada rakyat, antara kejayaan yang paling diingati oleh warga Malaysia adalah beliau mendapat pengiktirafan daripada pihak antarabangsa.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dianugerahkan gelaran Anugerah The BrandLaureate atas kecekapan dalam menangani pandemik COVID-19  pada 2020.

Kejayaan tersebut turut dikongsikan oleh beliau di Facebook rasminya.

Sumber: BERNAMA

The post Saya Mahu Rehat Dahulu – Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*