Ketiadaan UPSR Salah Satu Faktor Pencapaian Ujian Kemasukan Ke MRSM Rendah – Pengerusi MARA

Kemasukan ke MRSM rendah

Ketiadaan UPSR Salah Satu Faktor Pencapaian Ujian Kemasukan Ke MRSM Rendah – Pengerusi MARA

Kemasukan ke Maktab Rendah Sain Mara dilaporkan menurun selepas ketiadaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki menerusi hantaran muat naik di Facebook miliknya.

Menurutnya lagi, tanpa sistem penilaian tersebut, adalah sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar setiap pelajar dalam melanjutkan pelajaran.

“Tanpa sistem penilaian berpusat seperti UPSR sukar untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar,” tulis hantaran tersebut pada pagi semalam.

Malah, disebabkan ketiadaan UPSR juga telah menjadi faktor yang rendah terhadap kemasukan pelajar ke MRSM.

“Salah satu faktor pencapaian ujian kemasukan ke MRSM rendah juga disebabkan tiadanya UPSR,” tulisnya lagi.

UPSR tidak akan dikembalikan

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa, lapor Sinar Harian.

Katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika ini memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 menerusi jelajah atau jerayawara berkenaan kurikulum persekolahan terbaharu tersebut.

“Kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah dah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input-input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita. Khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan mereka (karakter) boleh diperkukuh,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Beliau berkata sedemikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada 28 April tahun lalu, Menteri Pendidikan ketika itu iaitu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan pemansuhan UPSR tersebut.

Selain itu, pada tahun yang sama juga, Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) turut dibatalkan.

Sumber: Facebook/DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

The post Ketiadaan UPSR Salah Satu Faktor Pencapaian Ujian Kemasukan Ke MRSM Rendah – Pengerusi MARA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*