Transkrip Perbualan Ketika Kemalangan Pesawat Di Jepun Didedahkan

transkrip pesawat jepun

Transkrip Perbualan Ketika Kemalangan Pesawat Di Jepun Didedahkan

Kementerian Pengangkutan Jepun semalam mendedahkan transkrip komunikasi di pusat kawalan udara semasa kemalangan pesawat berlaku di Lapangan Terbang Haneda.

Transkrip komunikasi berkenaan merupakan sebahagian daripada tumpuan utama siasatan kemalangan melibatkan pesawat Japan Airlines (JAL) dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun.

Kementerian berkenaan berkata, pihaknya percaya ketika kejadian, pusat kawalan udara mengeluarkan arahan yang sesuai.

Menurut NHK, transkrip berkenaan menunjukkan tiada kebenaran diberikan oleh pusat kawalan udara kepada pesawat Pengawal Pantai Jepun untuk memasuki landasan.

Pada pukul 5.45 petang (waktu tempatan) pada hari kejadian, iaitu 4 minit sebelum kemalangan berlaku, pusat kawalan udara memberi kebenaran kepada JAL untuk mendarat.

Transkrip perbualan antara menara kawalan dengan pesawat terlibat kemalangan di Jepun didedahkan

10 saat kemudian, pusat kawalan udara memberi arahan kepada pesawat Pengawal Pantai Jepun untuk bergerak ke kawasan menunggu di laluan taxiway yang menuju ke landasan.

Kru pesawat Pengawal Pantai Jepun dirakam mengulangi arahan tersebut.

Dari tempoh tersebut sehingga kemalangan berlaku, pusat kawalan udara tidak memberi apa-apa kebenaran kepada pesawat Pengawal Pantai Jepun untuk memasuki landasan.

Bagaimanapun, keterangan daripada Pengawal Pantai Jepun memberikan gambaran berbeza.

Pasukan itu mendakwa pesawat berkenaan memasuki landasan kerana menerima arahan untuk berbuat demikian.

Polis menyiasat kemungkinan bahawa terdapat unsur kecuaian dalam insiden berkenaan

Sehubungan itu, pihak polis memulakan siasatan berasingan terhadap kemungkinan terdapatnya kecuaian dalam insiden ini.

Polis Tokyo memaklumkan bahawa pasukan penyiasatnya telah melakukan pemeriksaan terhadap serpihan pesawat di atas landasan.

Penyiasat turut akan menemu bual beberapa pihak termasuk kru pesawat Pengawal Pantai Jepun yang terselamat dalam kejadian itu.

Terdahulu, media melaporkan kejadian kemalangan melibatkan pesawat A350-900 JAL yang bertembung dengan MA722 milik Pengawal Pantai Jepun pada 5.47 petang, Selasa lepas.

Dalam kejadian itu, kedua-dua pesawat dilapor terbakar dengan api marak jelas kelihatan.

Pesawat JAL membawa 379 penumpang termasuk kru pesawat ketika kejadian yang kesemuanya terselamat.

Manakala lima daripada enam kru pesawat Pengawal Pantai Jepun maut dalam tragedi tersebut.

BACA: ‘Terbida’ Sofa RM436 Ribu, “Influencer” Minta ‘Derma’ Dari Pengikut

Sumber: NHK NEWS, Nikkei Asia

The post Transkrip Perbualan Ketika Kemalangan Pesawat Di Jepun Didedahkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*