Kenali Jenis Ular Paling Berbahaya Di Dunia

Kenali Jenis Ular Paling Berbahaya Di Dunia

Dalam banyak-banyak haiwan dalam dunia, salah satu spesies yang paling ditakuti atau tidak digemari ialah ular. Walaupun ada juga  individu yang meminati ular, tetapi kebanyakannya akan mempunyai rasa takut atau geli terhadap ular. Tidak kiralah ular itu berbisa ataupun tidak.

Kalau ular tak berbisa pun sudah ramai yang takut, inikan pula ular yang mempunyai bisa yang boleh memudaratkan nyawa. Jadi, anda semua perlulah mengetahui jenis-jenis ular yang paling berbahaya di dunia.

Mungkin kebanyakannya tidak dijumpai di Malaysia, tetapi tidak salah untuk anda menambah ilmu, kan? Mana tahu, satu hari nanti anda akan menjelajah ke negara lain yang mungkin mempunyai ular-ular tersebut. Jadi, ikuti perkongsian ini untuk mengenali ular-ular tersebut.

Berapakah Bilangan Ular Berbisa?

Untuk pengetahuan anda, terdapat kira-kira 3,900 jenis ular yang ada di dunia dan 725 jenis daripadanya adalah berbisa. Antara 725 jenis ular itu pula, hanya 25o jenis ular sahaja yang mempunyai bisa yang boleh membawa maut dengan sekali gigitan.

Kalau anda nak tahu, terdapat sekitar 128,000 kematian yang terjadi disebabkan gigitan ular yang berbisa untuk setiap tahun. Ini tidak bermaksud ular yang tidak berbisa tidak boleh meragut nyawa anda.

Ular seperti ular sawa boleh membelit anda yang boleh menyebabkan kematian. Namun, serangan yang berlaku kerana ular tidak berbisa jarang berlaku dengan hanya satu atau dua kematian dalam setahun.

Jenis-Jenis Ular Paling Berbahaya

Seperti yang dikatakan tadi, terdapat 725 jenis ular yang berbisa dan 250 daripadanya mampu membunuh seorang manusia dengan satu gigitan. Perkongsian ini akan menjelaskannya 10 jenis ular yang paling berbahaya di dunia.

Antaranya adalah, saw scaled-viper, inland taipan, black mamba, russel’s viper, common krait, Indian cobra, puff adder, common death adder, king cobra dan eastern diamondback rattlesnake.

Saw Scaled-Viper

Gambar via Wikipedia

Saw scaled-viper dikatakan menjadi punca kematian orang ramai untuk setiap tahun. Ia merupakan spesis ular yang sangat agresif dan boleh dijumpai di Asia Timur Tengah dan Asia Tengah. Ular yang bersifat agresif ini, serta menjadikan kawasan yang mempunyai ramai penduduk, menjadikan ia sebagai ular yang bertanggungjawab ke atas kematian seramai 5,000 orang pada setiap tahun di India sahaja.

Inland Taipan

Gambar via Britannica

Inland taipan merupakan ular yang mempunyai toksin yang sangat berbahaya. Ia boleh didapati di Australia Timur Tengah dan merupakan seekor pemburu mamalia seperti tikus. Bisa ular ini telah berevolusi untuk membolehkannya membunuh haiwan berdarah panas.

Ular ini mempunyai bisa yang paling berbahaya berbanding dengan bisa ular yang lain. Dikatakan satu gigitan sahaja daripada ular ini mampu membunuh 100 orang dewasa. Namun, ular ini mempunyai bilangan kematian yang lebih rendah berbanding jumlah kematian saw scaled-viper. Ini kerana, ular ini jarang mendekati manusia. Ia hidup di kawasan yang terpencil dan kebiasaannya bersembunyi dalam tanah.

Black Mamba

Gambar via Wikipedia

Black mamba juga merupakan antara ular yang mempunyai toksin yang berbahaya dan ia boleh dijumpai di sub-Sahara Afrika. Ular ini merupakan ular yang paling digeruni orang ramai kerana ia dikenali sebagai spesis ular yang amat agresif.

Ular ini tidak memburu manusia, tetapi apabila ia rasa terancam ia akan menaikkan kepalanya untuk menyerang seseorang itu berulang kali. Ular ini sangat pantas dan kepantasan serangannya itulah yang menyebabkan kematian.

Sekiranya anda dipatuk oleh ular ini, anda akan mula rasa gejala seperti percakapan yang tidak jelas dan kekejangan pada otot dalam masa 10 minit selepas anda dipatuk. Dalam masa setengah jam, anda mungkin akan kehilangan nyawa anda. Kadar kematian untuk gigitan yang tidak dirawat adalah sangat tinggi. Ia amat penting untuk anda merawatnya dan mempunyai penawar bisa yang sedia ada.

Russell’s Viper

Gambar via Wikipedia

Russell’s viper dikatakan mempunyai antara gigitan yang paling sakit berbanding gigitan ular yang lain. Ia juga dikenali dengan sifatnya yang agresif serta kepantasannya untuk mematuk mangsa. Spesies ini mempengaruhi sekitar 43 peratus kes serangan ular di India. Namun, terdapat penawar yang telah dicipta untuk digunakan sebagai rawatan gigitan ular ini.

Russell’s viper ini merupakan salah satu antara kumpulan ular yang digelar sebagai Big Four. Antara ular lain yang melengkapkan Big Four adalah Indian cobra, common crait dan juga saw-scaled viper. Setiap ular itu juga mempunyai penawarnya untuk merawat mangsa gigitan mereka.

Common Krait

Gambar via Wikipedia

Spesis ular ini juga mempunyai toksin berbahaya dengan kadar kematian sebanyak 80 peratus sekiranya gigitan ular ini tidak dirawat. Ia berbeza dengan russel’s viper kerana gigitan ular ini tidak sakit berbanding dengan gigitan ular russel’s viper. 

Bisa ular common krait ini mempunyai neurotoksin yang kuat yang boleh mengakibatkan kelumpuhan pada otot, kegagalan sistem pernafasan dan kematian. Tetapi, ular ini hanya memburu pada waktu malam yang hanya makan spesis ular yang lain, mamalia yang kecil seperti ular dan juga katak.

Indian Cobra

Gambar via Britinnica

Indian cobra merupakan ular yang sangat istimewa dalam budaya masyarakat Hindu dan sering diceritakan dalam cerita rakyat. Kebisaannya, ular ini akan mempunyai seorang pawang ular bersamanya. Dewa Hindu iaitu Dewa Shiva sering digambarkan dengan ular tedung dan ia merupakan ular yang sangat ditakuti dan juga dihormati.

Ular ini amatlah berbisa dan boleh membunuh. Orang ramai menjadi mangsanya kerana ia sering memburu tikus di kawasan yang mempunyai orang ramai. Dikatakan bisa ular tedung dewasa boleh membawa maut, tetapi terdapat segelintir masyarakat yang telah menggunakan bisa ular yang masih belum matang sebagai bahan untuk mereka berkhayal.

Puff Adder

Gambar via Wikipedia

Puff adder merupakan ular berbisa yang boleh didapati di Afrika dan ia telah mengakibatkan lebih banyak kematian berbanding ular lain di Afrika. Apabila ular ini rasa terancam, ia tidak akan melarikan diri dan ia gemar berjemur di kawasan lalu-lalang. Sebelum ia menyarang, ia akan mengembungkan badannya serta mengeluarkan bunyi mendesis sebagai amaran.

Ular ini mempunyai kadar kematian yang rendah sekiranya gigitannya tidak dirawat. Kadar kematiannya adalah 15 peratus sahaja. Tetapi, gigitan yang dalam boleh menyebabkan anda kehilangan anggota badan.

Common Death Adder

Gambar via Britannica Kids

Spesis ini tinggal di Australia dan boleh dijumpai di dalam hutan dan padang rumput. Ular ini tidak agresif, tetapi ia bergantung kepada penyamaran untuk memburu. Ia akan bersembunyi di bawah timbunan daun, ini boleh menyebabkan seseorang itu terpijak ular itu dan digigit.

Bisa ular ini berbahaya dengan kadar kematian sebanyak 60 peratus sekiranya gigitan itu tidak dirawat. Tetapi, walaupun ular ini berbahaya, ia dikatakan terancam dengan spesis kodok tebu yang akan makan ular common death adder yang masih kecil. Kodok itu juga akan meracuni ular dewasa yang makannya kerana ia mempunyai toksin di kulit.

King Cobra

Gambar via Wikipedia

Ular king cobra ini merupakan antara ular berbisa terpanjang di dunia. Panjang ular ini adalah empat meter dan rekod kepanjangan maksimum ular ini adalah 5.85 meter. Ular ini juga penting kepada budaya India. Namun, ular ini diancam dengan kehilangan habitat serta pemburuan haram untuk digunakan dalam perubatan tradisional di China. Sekiranya anda membunuh ular ini di India, anda akan dikenakan hukuman penjara selama enam tahun.

Eastern Diamondback Rattlesnake

Gambar via Wikipedia

Ia merupakan ular yang paling berbahaya di Amerika Utara. Tetapi, apabila dibandingkan dengan ular-ular di Asia, ular ini mempunyai kadar kematian yang rendah dengan hanya lima kematian dalam setahun. Ia jauh berbeza dengan 64,000 kematian di India.

Ular ini amat panjang dan mempunyai berat seberat 15.4 kilogram. Ia juga mempunyai taring sepanjang satu inci. Bisa ular ini mengandungi hemotoksin yang boleh merosakkan sel darah merah dan kerosakan tisu. Kadar kematian sekiranya gigitan ular ini tidak dirawat adalah 20 peratus.

Sumber: Discover Wildlife

BACA JUGA: Kenapa Mata & Anak Mata Kambing Kelihatan Pelik? Kajian Ini Ada Jawapannya

The post Kenali Jenis Ular Paling Berbahaya Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*